Monday, 8 October 2012

Borang Nikah & senarai semak

Borang permohonan nikah ni adik aku tolong ambik masa dia daftar nikah bulan 6 lepas. Ada dua borang satu kuning dan satu bertulisan jawi. So aku cuma isi dan tunggu borang kebenaran nikah dari lelaki dan boleh bawa ke pejabat agama di Kedah. Borang hanya boleh submit sebulan sebelum tarikh nikah. Nampaknya tak boleh lah nak hantar awal..minggu depan lah baru aku boleh balik kedah dapatkan pengesahan imam masjid kariah pastu hantar borang ke pej.agama. Awat depa ni dok buat kalut orang ja sebulan nak nikah baru boleh hantaq borang....issshh dan ka ni...depa tak tau ka ingat selalu ka chek nak balik dah la cuti tinggai 8 hari ja. Depa tak tau ka ramai anak kedah ni keja merata kalau chek dok kedah tu senang la crita, sebulan tak pa lagi. Haaa kooo keluaq dah kedah chek ni... Terpaksa aku korbankan cuti hari raya haji, tak boleh lah nak balik kampung time tu...apa nak buat 'berkorban apa sajaa'...

Borang Kuning: Permohonan Nikah Negeri Kedah

Di bawah senarai semak dokumen permohonan nikah bagi Negeri Kedah.  Mana tau ada yang terlepas pandang nanti..peringatan untuk diri sendiri..kalut buat mcm2 yang penting terlupa plk kan...mari sama2 kita renung2kan...ehh buat apa nak renung plk! Marilah sama2 kita saling ingat mengingati...ok guys check it out...Sumber dari webjabatan.kedah.gov.my/

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH 
  • satu salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Satu salinan Kad Pengenalan Wali( Bagi pemohon perempuan)
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan  asal dan salinan(pemohon yang belum berkahwin)
  • Kebenaran berkahwin pihak lelaki (jika lelaki dari luar Daerah -bagi pemohon perempuan )
  • Sijil cerai asal (pemohon yang telah bercerai)
  • Surat mati suami/ isteri  dan salinan surat nikah (pemohon suami @ isteri yang meninggal dunia)
  • satu salinan  Kad Perakuan Memeluk Islam(Pemohon saudara baru )
  • Kebenaran Poligami Dari Mahkamah Syariah (jika poligami)
  • Surat Kebenaran dari kedutaan (Pemohon bukan warganegara)
  • Kebenaran Berkahwin dari pihak berkuasa polis/ tentera (bagi anggota polis / tentera)
  • Borang pemeriksaan HIV
  • Satu salinan surat mati bapa (wali)bagi pemohon perempuan (jika wali meniggal dunia)
  • Satu salinan Surat Nikah ibubapa bagi pemohon perempuan(anak sulung) 
* Borang Permohonan boleh di dapati di Pejabat Agama Daerah berkenaan atau Imam Kariah masing-masing
* Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Imam Kariah masing-masing .
* Permohonan untuk berkahwin hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh untuk bernikah.
* Kebenaran Nikah bagi lelaki (Nikah Luar Daerah / Negeri )- tempoh sahlaku 3 bulan dari tarikh kebenaran
* Kebenaran nikah bagi perempuan (nikah dalam Daerah) - tempoh sahlaku 1 bulan dari tarikh kebenaran.

BAYARAN PROSES
  • RM 4    - Pemohon lelaki (Kahwin Luar Daerah/ Negeri)
  • RM 46  - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu Kariah
  • RM 48  - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu daerah tapi  kariah yang berlainan
  • RM 44  - Pemohon perempuan nikah di dalam daerah

PERATURAN-PERATURAN AM NIKAH
  • Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Daerah
  • Permohonan bolehlah dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh berkahwin (Pemohon lelaki)dan 30 hari dari tarikh berkahwin (pemohon perempuan)
  • Pemohon yang telah berkahwin dan  telah bercerai atau pasangan meninggal dunia tidak perlu hadir Kursus Pra Perkahwinan semula
PERKAHWINAN  YANG MEMERLUKAN KEBENARAN DARIPADA HAKIM SYARIE ( MAHKAMAH SYARIAH)
  • Perkahwinan  Poligami
  • Pekahwinan  di bawah umur ( lelaki - 18 tahun ke bawah dan perempuan 16 tahun ke bawah)
  • Perkahwinan Janda Berhias dalam perjalanan tempoh Iddah
  • Perkahwinan Wali Raja(Wali Hakim)

1 comment:

  1. betul la tue....sebulan x sempat tambah2 nak kawin seminggu pas raya...duit byk lebur kat jalan jer bukan murah dr kl ke kedah nie..

    ReplyDelete