Wednesday 26 September 2012

Salah satu baju kahwin...

Baju kahwin ni akan dipakai masa malam persandingan di sebelah lelaki. Review dari entry lepas pasal wedding veil Memula ingat nak pakai baju nikah jer malam tu tapi esoknya baju resepsi pun color putih gak, takkan malam sanding tu pakai warna yang sama...boringnya. Nasib baik ex-boss bagi pinjam baju dia. Boleh tahan juga baju ni, color turqouise kehijau2an skit...Aku just tambah beading skit baju di bahagian leher, tangan dan bwh baju, tak siap sepenuhnya lagi...Baju tu tak de beading...kira beading tu aku kasi free kt my ex-boss sebab kasi pinjam baju tu tanpa bayar apa2 pun...mekasih boss...Cantik tak baju ni...?

Blog beading i  http://nonadsign4u.blogspot.com/

Tuesday 25 September 2012

Tin can centerpiece

Rasa malas pulak nak tulis banyak2...biasalah pressure... stress..mcm2 nak kena settle. Tarik nafas jap....ok kali ni nak citer pasal projek untuk centerpiece...diy centerpiece ni menggunakan bahan terbuang, guna tin susu pekat manis jer...en.abg suka beli susu pekat so aku suruh dia kumpul tin banyak2 jangan buang. Mula2 dia pelik buat apa tin banyak2....hehe ada lah projek... :p Tak banyak dalam 10 tin lagi yang perlu dikumpul.

 Baru siapkan bekasnya....Projek diy centerpiece ni belum siap lagi....

Monday 24 September 2012

SUARAYA....

Baru-baru ni bagi penutup bulan syawal uitm menganjurkan majlis suaraya untuk semua staf akademik, pentadbiran dan juga pelajar. Majlis besar2an di adakan di padang kawad di mana semua fakulti, jabatan dan bahagian membuka booth masing2 dengan tema pada tahun ni ialah Arabic...masing2 berpakaian ala2 mat2 dan minah2 arab, masakan pun tema arab + masakan setiap negeri di malaysia. Booth jabatan aku mendpt tema masakan kelantan so kami pilih kuih akok...mudah, ringkas dan pastinya masih panas2 sebab masak di situ juga...Sehari sebelum majlis kami g buat persiapan menghias khemah...bawa apa saja dari ofis untuk hias sebab kali ni tak de peruntukan...sekali kain meja banquet kami bawa...bawa curtain, tikar, carpet, bantal2 kecik dari rumah...angkut semua apa yang ada...Tengok ada macam2 jenis costum arab dorang pakai memang sgt meriah tak sempat nak amik gambar. Aku tak de lah pakai ala2 arab pun, mana aku ada jubah so pakai je baju kebaya dinner lepas...senang..bila org tanya ni lah tema arab kelantan ....hehe



kuih akok panas2 yang sgt sedap




aksi kejutttt

aksi gojes..

aksi sedih

aksi geram..xde punn

aksi hepiii

Friday 21 September 2012

Lokasi Akad Nikah...

Untuk majlis akad nikah insyallah akan diadakan di Masjid Al-Bukhary, Alor Setar. Masjid yang sangat2 cantik ni berhampiran dengan rumah aku. Homestay en.abg pun dekat dengan masjid juga lebih kurang 5 minit je naik kete. Ramai pasangan dah dinikahkan di masjid ni. Majlis aku nanti akan diadakan waktu malam lepas isyak. Family en.abg akan bertolak dari N9 awal pagi ke Alr Str dan terus ke homestay, berehat dan siap2 untuk majlis malam akad nikah kami nanti...insyallah...

view waktu siang (source:google)













view waktu malam (source:google)













Ruang dalam masjid
Pasangan yang telah berkahwin di masjid ni....nampak sweet sangat dan photographer memainkan peranan memberi impak yang besar pada pic ni...mula2 mmg sgt suka dengan photographer ni utk my wedding tapi tak pe dia master kpd my OP...anyway masjid ni yang buat pic ni lagi nampak awesome...cantikk kan...
creadit tu http://studioaston.com

Lafaz Akad di Kedah

Lafaz akad di utara dan  Kelantan agak lain dari negeri2 lain...nampak ringkas dan mudah tapi agak sukar dan kekok bagi sesetengah orang kerana mungkin terbiasa dengan lafaz akad yang selalu kita dengar....harap en.abg hafal ye.... Rasanya en.abg rilex, aku yang lebih2...harap semuanya berjalan lancar....aminnn. Salah 2...3 kali tak pe mungkin nervous tapi harap2 1 kali lafaz lah ye.... :p hehe

source: http://studioaston.com (asmady ahmad)

Thursday 20 September 2012

D.I.Y Boutonniere

Boutonniere for Bride's Family....

1. Tissue paper flowers, Ribbons, fake flower, silver wire, glue

Wednesday 19 September 2012

My Official Photographer

Rifdi Haziq Photography is my official photographer untuk majlis resepsi di Alor Setar nanti. Mula2 google je cari wedding photographer. Bukannya selalu balik AS...Tengok pic wedding yang dia capture...cantikk dan harganya berpatutan...Terus call dan booking...settle!












DIY Paper Rose Petal

Nak jimat dan nampak menarik! Jom buat rose petal dari crepe paper...untuk letak dalam bakul flower girl. Ok tak perlu lagi gunakan fresh flower atau potpouri..terpulang pada kehendak masing2...


Pink Platform PumpsShoe

Terima courier last friday...kasut yang dibeli secara online. Received 2-3 weeks after order .Beli kat sini https://www.facebook.com/pages/Cincaidotcom/212311382143227?ref=ts Semua barangnya jual secara online je tak de kedai. Barang dari China sebab tu murah. Bukan saje kasut, wedding dress pun ada. Pink Shoe...lovely...tingginya 5.5 inch...huyoooo gayattt tapi rasa gorgeous gilerrr.....

source: cincaidotcom/Jubi Lee


Tuesday 18 September 2012

Our wedding invitation card...

My final design.....kad kahwin buat sendiri...sangat puas hati  :)

 

Bride



Tag 4 wedding cards

Groom



Tuesday 11 September 2012

Tukar design kad

Citer pasal kad kahwin ni, rasanya dah 4 kali tukar. Design sendiri memang camni ada je rasa tak kena. Tambah pula dengan adik aku yang kejap jadi kejap tak..rasa nak lempang2 jer....Masuk ni dah 2 kali dia cancel nak buat wedding sekali. Huru hara jadinya. Terpaksa design 2 3 kali. Membazir kertas je...
1st design
1st design ni actually semua dah setuju, cuma perlu ubah bagi menarik je. Tapi aku kurang suka sebab masa ni design just nak tunjuk sample dan suruh dorang check nama, alamat, peta dan nak tambah apa yang terkurang. Ada 3 helai sebenarnya muka depan nama kami, m/s 2 walimatulurus, m/s 3 peta dan m/s belakang hadis. Tebuk dan ikat dengan riben di tepi. Tak jadi sebab guna kertas dan riben yang sangat banyak..membazir..cancelll
2nd design
 2nd design ni en.abg kurang suka walaupun dia cakap ok, dengar nada pun dah tau dia tak suka. Serabut katanya banyak mungeee...Tak pe by kan designer alaa small matter jer...
3rd design
3rd design buat design polkadot, dah cantik tapi nak cari sampul pulak susah. Dah cari semua tempat semua saiz standard. Custom made boleh la..kos lagi...cancellll ok design yang lain pula. Berdebar masa nak present dekat en.abg, takut dia tak suka. Rasa macam student dulu pula siap kena presentation artwork. Sebenarnya dia tak kisah pun. Masalah cuma sampul je. Bagi menyenangkan kami, design lain senang. Buat kad ikut sampul standard..abih citer

Guestbook/Wishing card...

Ada macam2 idea untuk beri ucapan. Kreatif, ada buat wishing tree, guest book, album dll.  Rasa nak tukar pada wishing card pulak. Di sebabkan arwah ayah, kak dan abg.ipar keje Pos Malaysia so timbul idea nak buat kad ucapan berbentuk poskad. Bukan setakat poskad tapi siap boleh pos lagi masuk dalam peti surat (konon pos le..). Design dalam saiz A4, setiap poskad saiz 9.5cmx8cm boleh dapat 6 keping poskad yang cute...Gunakan idea design yang sama dengan label untuk mukadepan dan belakang poskad. Stem dan cop stem jangan lupa taruk bagi nampak real skit...siap barcode lagi. Peti surat tak payah beli...buat sendiri jer...tunggu diy mailbox plk..
FRONT : design mywishing postcard

BACK: design mywishing postcard


Signaged