Monday 10 September 2012

Kursus Kahwin settle...

Hari Sabtu 8/9/12 dan Ahad  9/9/12 lepas aku dan en.abg g kursus kahwin selepas beberapa kali kami asyik pospon jer...ada je hal. Lagi 2 bulan nak kawin kena cepat2 g kursus. Kali ni tak boleh tidak kena pegi juga, nanti nak settlekan hiv test dan borang nikah pula. Adoiii agak meletihkan juga lah.   Kami memilih pusat kursus di LPPKN Jln. Raja Laut KL. Tempat kursus sangat selesa dan penceramah yang best. Bayaran RM80 setiap sorang. Hari Sabtu mula pukul 10.30 am hingga 6.15 pm dan hari Ahad mula pukul 9.00 am (act. pukul 8.30 am tapi semua peserta minta mula lewat skit) hingga 1.30 pm di Auditorium TEN C, tkt.13 bgn LPPKN. Kami mendapat tips2 dan info yang berguna dan manfaat daripada kursus ini. Moga kami dapat menghadapi dan mengharungi masam manis kehidupan rumahtangga nanti dengan sabar dan penuh kasih sayang hingga ke akhir hayat....aminnn




No comments:

Post a Comment