Showing posts with label Makeup. Show all posts
Showing posts with label Makeup. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

Masa Makeup...

Kebelakangan ni banyak sangat keje yg perlu buat, xtau mana nak mulakan dulu. Kemas rumah pun lom selesai lagi...nak jahit lagi...tempahan bunga telur lagi...letih giler arghh...Nak update pun dah tak semeriah masa persiapan kahwin dulu...Tengok pic kahwin dapat juga hilangkan boring..rasa nak rewind balik je...syok je masa tu pakai cantik2, mekaup cantik2...

Resepsi sebelah en.abg berjalan lancar, cuaca sangat baik walaupun musim hujan, sehari sebelum majlis hujan asyik turun..tak pagi...petang. Risau gak hujan turun masa kenduri nanti..habis lah baju perantin yg putih melepak jd kotor. Hujan turun awal2 pagi hari majlis berlangsung, alhamdulillah hujan reda pukul 8 pagi. Aku siap2 sementara tunggu mua dan videographer datang dari kl. Sempat juga touch up inai. Pakai mask bagi fresh skit muka yg nampak letih tu...

Pukul 9 my mua dah sampai. Siapa lagi Gee Cantik yang makin pemes skang ni. Jurusolek professional ni dah makeup kan ramai artis kt msia ni. Tak sabar tunggu hasil sentuhan gee cantik yg miracle tu...Kul 10 videographer aka my officemate pun sampai, dia shoot masa aku tengah makeup pstu g ke rumah en.abg utk shoot kt sana pula....Keadaan dalam bilik hotel pun macam semalam huru hara juga, sebab dorg ni semua berkumpul kt bilik aku ni...malas aku nak ambik pot, biarlah dorg. Aku cuma duduk sua muka utk disolek je...Hampir pukul 12.30 pm aku dah siap di makeup. My sil n sepupu dia pun sibuk nak gee cantik makeupkan. Tak kisahlah dorg yg nak bayar sendiri..tapi yang tension nya nak tunggu dorg makeup pulak, dah nak dekat kul 1.30 xsiap2 lagi, en.abg dah bising sebab kena bertolak kul 1. Kenduri sana abis awal sekurang2nya kul 3 dah settle dh. Aku dah siap cuma nak tunggu dorg plk...ishh mcm dorg plk pengantinnya...terbalik sudah. Terpaksalah tunggu dorg siap sebab rombongan kami tak ramai nanti tak cukup orang nak pegang hantaran plk. Terpaksa lah tahan dengar en.abg bising2...aku dah tarik muka...majuk. Kejap je pun...sebab dah kena pujuk terus cair...lagipun tak best plk lepas solek cantik2 muka cam leh sangkut 10 hanger....
Apapun yang berlaku majlis kami memang meriah....Pic di bawah, persiapan di hotel sebelum bertolak ke rumah pengantin lelaki...nanti nona upload resepsi pulak....satu2...


my mua: Gee Cantik (Faizal)

encem dah...
aksi2 dalam bilik


posing dulu dalam bilik
masa ni dah berdebar2


Tuesday, 26 June 2012

Makeup Artist

Satu lagi bab nak cari makeup pengantin...rasa lega sikit dah amik pakej yang termasuk dengan makeup, sebelah alor setar...beresss...2x makeup, nikah dan sanding di Love Studio. Cuma sebelah N9 je sebab aku tak amik pakej apa pun, sama da pelamin, bilik, meja beradap pun tak cari lagi, tak tau le nak cari sendiri atau nak serah pada family dia. Baju dah ada, pelamin nanti lah cari...susah lah nak g sampai Rembau, tak ada masa free lagi...

Apa pun makeup untuk sebelah N9 aku dah booking dari awal tahun lagi, book awal2, sebab dah tanya kebanyakan makeup artist dah fully book. Nasib aku baik sangat2 sebab salah satu makeup artist ni masih free tarikh tu....huhuu legaaa bukan senang nak cari makeup artist yang makeup nya melotupp kebabommm.... Memang lain lah perubahan dari sebelum dan selepas dia makeup, siap nampak macam artis ko....agaknya aku nanti macam artis mana ye? hahahahaha perasannnn gilerrr...Ye aku dah book dengan Gee Cantik Makeup Artist...kelasss u...



macam izara kan!

Sebelum tu ada juga yang aku survey tapi dah full, tapi nak bagi info jurusolek yang aku dah survey yang aku rasa cantik sentuhan makeupnya, salah satunya Lya L'Touch anak didik Gee Cantik juga tapi dah fully book, tapi aku bila aku try contact gee, tarikh tu masih lagi free...lagi hepi sebab aku dapat magical touch dari tok guru nya, tak pe berkat kesabaran pasti berbaloi...kalau nak survey leh tengok2 di sini http://ltouch.blogspot.com/ 

cantik kan!

Atau cuba yang lain:

1.  http://emmapesona.com/web/ (mula2 memang berkenan sangat nak emmapesona, tapi servis dia cuma disekitar lembah klang sahaja.... :(

my friend, makeup by emmapesona...gorgeous!

2. http://kelrina.blogspot.com/
3. http://adiethemakeupartist.blogspot.com

Kalau rasa last minute tak ada sangat makeup artist korang suruh lah kengkawan yang pandai makeup atau susah2 sangat makeup je sendiri. Sekarang ni bukan bisnes je dihujung jari tapi makeup pun guna hujung jari...betoiii laaa hehe...Apa kata tengok tutorial di YouTube macam2 pesen makeup nak smokey eyes ke nak makeup mcm kim kardashian, nak apa je mcm2 teknik ada, cuma terer ngn tak je le....atau jengah2 blog atau surf website tentang makeup tutorial ni, segala mak nenek ado...contohnya kat sini yang aku sempat jengah http://www.makeupgeek.com