Wednesday 31 October 2012

Veil siap!

Citer pasal viel lagi...entry ni pasal veil siap beading 100%. Satu hari kerjakan veil sebab banyak benda lagi nak kena settle dalam minggu ni. Bukan veil je dengan tudung nikah sekali aku kerjakan. Tudung nikah aku jahit simple giler walaupun aku ni tokei jahit manik. Sendiri punya jahit ala kadar jer. Ok layan je lah dengan hasil yang tak seberapa ni...



Monday 29 October 2012

diyBox Doorgift Malam Nikah/Marhaban

Malam pernikahan kami nanti ada hadiah istimewa untuk family en.abg, istimewa sebab ia merupakan tasbih (yang dibeli hehe sebelum tu ada hati nak diy tasbih tapi tak cukup masa...beli je lah) Ramai yang memberi tasbih dan surah yasin sebagai doorgift. Doorgift ni juga untuk diberi pada kumpulan marhaban. Moga setiap biji tasbih yang menyebut khalimah Allah merupakan doa untuk kami berdua dan juga untuk mak & keluarga serta arwah ayah, tok, wan dan seluruh umat Islam...amin.  Masa balik kampung haritu sempat siapkan serba sikit doorgift, tasbih ni nanti nak diletakkan dalam kotak. Murah rezeki aku bila kotak ni diberi percuma...jimatttt. Kotak2 tu sebenarnya lebihan dari doorgift masa ofis aku buat event high-tea dulu. Banyak sangat so dorg ni bagi je kat aku. Memula aku tak tau nak buat apa kotak byk2 ni sebab goodies bag dah ada. Amik je lah dah orang bagi kan...tak sangka pula nak guna, sib baik amik.

 
 So kotak ni aku letak tasbih dan muffin (nti kakak, anak buah dan aku akan buat) dan mak aku pastinya merungut.."last minute mesti nak buat macam2..dan ka? "Dan la mak... semua muffin tu kak buat" hahaha aku tunjuk je caranya  pastu dia lah buat sampai abis. Panten nak siapkan bilik, banyak keje lain tau...Memandangkan kotak ni tak de design apa2...putih je. Label dan tag kotak ni pun aku design so tak de la kosong sangat...


 Ok tepi kotak dah hias...alahaiii atas pulak kosong! Mende nak letak ni riben ke bunga..ke bunga ke riben...emmm. Nak diy flower paper nak letak atas kotak tu..mesti suwet gitu ada munge atas kotak, berangan2 ni...pastu terus diy...flower paper..kalau korang rajin bolehlah buat...
Last, senang citer...dah tak menang tangan, leceh nak buat flower paper, byk guna masa dan tenaga untuk kasi meriah skit aku letak je riben besar, mcm ala2 english style gitu, Yang riben besar ni cuma 50 pcs saje. Kotak lain2 tu hias je dengan apa yang ada....jangan membazir

Akhirnya macam ni je..simple, cukup!

1st b2b customer

TQ Tag ni ditempah oleh kawan blogger b2b juga, kenal pun melalui blog ni. Terima kasih kerana mempercayai nona untuk design thxtag for ur wedding..tq we :) Selalunya customer hanya kawan yang mengenali nona dan kawan2 ofis sahaja. Tak sangka pula my new fren ni memberi kepercayaan kepada nona untuk design..tq Harap we berpuas hati.. and its really cute and sweet!..kan! hehe. pasan plk i ni. Selain tu ada few customer yang menempah kad kahwin, masing2 nak design & concepts macam wedding card nona. Ok tak pe boleh je, kahwin tempat lain2 kan cuma nona ubah color dan motif ikut tema majlis...

Tempahan TQ TAG 100pcs dari b2b blogger

Tema turquoise

Tema yellow

Monday 22 October 2012

Dah leh kawin....

Weekend lepas balik ke alr str bersama2 en.abg untuk settlekan borang kebenaran nikah sebelah aku pula...kebanyakan barang wedding aku angkut bawa balik hrtu, cuma yang aku tak bawa blk baju dan kasut wedd. je, tu bila balik kenduri nanti. Balik haritu g rumah tok wan untuk sain wali dan dapatkan salinan ic tok wan. Esoknya g umah tok imam dengan en.abg dan mak untuk dapatkan pengesahan imam kariah, sebab pagi2 lagi abg. ipar aku dah call, dia suruh dtg pukul 8.30 pagi. Kami terlewat 10 minit ..yang klakarnya, sampai je tok imam dah tunggu depan pintu kat tangan siap pegang cop lagi ko.....Ok je tok imam tu siap sembang ramah ke main, tanya keje kat mana, tanya en.abg tinggal mana keje apa, orang mana..itu je. Sepupu aku yg tinggal kt penang lain pula...siap kena interview macam2 lagi. Rasanya ikut orang juga, ada yang kena interview ada yang tak. Dah tok imam tu pun cop kami terus g pejabat agama.

Dah sampai tertinggal pulak sijil kursus kahwin, patah balik ambil. Nasib baik rumah dekat je. En.abg kata kalau dia yang tertinggal pasti kena leter, mesti lah hehe tapi ni aku yang terlupa tak kan nak leter diri sendiri hihi...sib baik tak kena pot pet pot pet...Orang tak ramai sangat so cepat lah proses penyerahan dokumen, hanya perlu bayar RM12. Surat kebenaran nikah siap isnin depan, selalunya boleh siap haritu juga atau 2 hari saja mungkin dah dekat raya haji lambat pula siapnya. Tapi tak pe yang penting semua dah submit dan yang syok gilernya semua bab2 borang dah settle..lapang rasanya...dan nona leh la kawin dengan en.abg tersayang...yeayyy dah leh kawin...gateiii :p

oppsss... satu lagi nak citer...biasalah orang nak kawin ni mcm2 dugaan kan...en.abg demam masa balik kg haritu aku ingat mungkin sebab sejuk drive malam2 balik alr str. Rupa2nya dia kena chicken pox....waaaaa dah dekat nak kawin ni tak kan nak tema polka dot kot...sib baik tak banyak sangat naik, mcm jerawat je skit2. Tak pasti juga sebab baru naik....huhu sedih pulak tengok. Tak pe nanti kita pakai concealer ye, tutup polka dot...harap en.abg sihat dan sembuh cepat...chicken pox please go away...

Monday 15 October 2012

diy myMailbox...

Finally mailbox siap sepenuhnya untuk guestbook...poskad dah lama siap..ingat entry lepas [Wishing card] now peti pun dah siap. Sekali lagi diy ni pun tak perlu keluarkan kos banyak, kos beli flower (tu pun baki buat bunga pahar) dan riben (riben pun baki b.pahar) kira kos gak tu...Kotak cari je kat ofis, jumpa kotak sampul surat..ok cantekkkk memang sesuai sangat, cat pun ofis punya lebih dari keje2 dorang cat ofis dulu...tu je lah barang2 lain memang sedia ada dalam studio aku ni...Antara bahan2 yang aku guna dan step by step...harap buat ni kena banyak bersabar sebab mula2 memang nampak buruk hehe pandai2 lah gunakan kreativiti masing2...mailbox aku ni simple je...

myMAILBOX:
Kotak sampul surat
Masking tape
Pisau/Pencil/Pembaris
Spray Mount @ gam
Mounting board
Cat Putih/berus cat
Printed name
Deco: flower & ribbons etc



So, caner boleh try....? beli ke diy?

Friday 12 October 2012

Borang Nikah Lelaki..settle

Minggu depan aku boleh balik kg...akhirnya en.abg berjaya settlekan borang kebenaran nikah pihaknya. Dia ambil borang di pej.agama selangor, walaupun alamat kad pengenalannya dalam kariah rembau. Jadi dia tak payah balik ke rembau untuk ambil borang permohonan kahwin. En.abg isi borang mastautin (BORANG 1) dan dapatkan pengesahan imam kariah tempat dia tinggal sekarang. Isi borang permohonan kebenaran berkahwin (BORANG 2A) pastu dapatkan pengesahan dari pendaftar di pej.agama, nti dia bagi surat kebenaran berkahwin luar negeri selangor (BORANG 3B).

Ini untuk panduan sesiapa yang bekerja dan bermastautin di selangor, so tak perlu susah2 balik ke negeri masing2 untuk dapatkan borang nikah...aku tak pandai sangat nak terangkan bab2 ni, tapi ni dari  apa yang en.abg citer dan aku adaptasikan dalam blog ni...


Dah selesai dipihaknya, balik ke kedah untuk dapatkan pengesahan imam kariah, tandatangan wali (datuk mewalikan aku nti sebab ayah dah meninggal...sedih ayah tak sempat walikan aku) pastu g pej.agama kedah dapatkan surat kebenaran nikah...harap semuanya berjalan lancar...Balik kedah nanti mcm2 nak settle, g butik bayar duit balance pakej, fitting baju skali lagi (tiap kali blk je g fitting), g bayar duit katering dan bincang pasal khemah/lauk/meja vip dll.

Tuesday 9 October 2012

Misi alter veil

Yeayyyyy.....akhirnya dapat aku merungkai kekusutan sekian lama. Pasal entry veil yang tak sama color dulu [sini] haaa nak citer ni...Kejadian yang menyakitkan hati bila salah beli color  bukan salah beli kain :p tapi apa boleh buat sendiri yang beli...Dah berapa bulan veil tu terperuk dalam almari tak terusik, jauh skali nak sambung jahit manik...dah tak de mood, rasa nak buang jer tapi sayang, kain chiffon tu dah le agak mahal. Nak beli lain buang duit jer. Pesal le dulu tak beli kain net jer kan senang. Dalam dilema nak pakai ke tak masa tu. Baru semalam belek2 veil tu...kesian..sayang plk...pk balik veil tu color hijau2 skit baju color turquoise, mcm mana nak kasi dia biru2 skit...yes! cuba celup dengan nila baju....pesal dulu tak terpk eh...tak sabar2 nih balik keje je singgah kedai beli nila..amik veil yang dah bersawang tu, buka semua lace, buka balik manik pastu terus ke bilik air...ni lah kejadiannya...lihat apa yang berlaku...!
Sebelum: warna asal
Taruk jer nila beberapa titik

Rendam sat..
Selepas: dah bertukar color..fuhhh sib baik...
yeay! yeay! misi berjaya..lebih kurang je kan, baju tu sedang di beading baru siap separuh

Monday 8 October 2012

diy banner & checklist

Banyak perkara penting dah settle...2 minggu lepas aku berjaya siapkan 100 pcs bunga pahar yg tergendala sebelum raya tu. Minggu lepas dah settle kad kahwin 500++ pcs siap print, potong sendiri, ikat tali, tampal riben..rasa nak muntah, tapi sb sendiri yang cari pasal.. sendiri yang kena settle sampai siap. Minggu ni boleh pos ke kedah dan juga untuk kawan2...yeayyy...Lepas benda penting dah siap baru boleh buat projek diy lain. Aku ingat nak diy guestbook corner nanti dengan flag yang cute2 ikut design centerpiece. Ok siap design flags gbook corner. Tag monogram centerpiece pun dah siap, print atas A4 paper, laminate dan potong...ok done. Kebanyakan diy aku guna kertas je...so aku pk apa yang aku boleh design dan aspirasikan dalam majlis kwin aku nanti...

Bunga pahar : 100 pcs DONE

mesin potong kertas horor juga nak guna ni...potong kad: DONE

Kad Kahwin : DONE 500++ pcs
Tag monogram centerpiece : DONE

Flags deco guestbook corner: DONE
Inspirasi dari sini..cute giler!



Borang Nikah & senarai semak

Borang permohonan nikah ni adik aku tolong ambik masa dia daftar nikah bulan 6 lepas. Ada dua borang satu kuning dan satu bertulisan jawi. So aku cuma isi dan tunggu borang kebenaran nikah dari lelaki dan boleh bawa ke pejabat agama di Kedah. Borang hanya boleh submit sebulan sebelum tarikh nikah. Nampaknya tak boleh lah nak hantar awal..minggu depan lah baru aku boleh balik kedah dapatkan pengesahan imam masjid kariah pastu hantar borang ke pej.agama. Awat depa ni dok buat kalut orang ja sebulan nak nikah baru boleh hantaq borang....issshh dan ka ni...depa tak tau ka ingat selalu ka chek nak balik dah la cuti tinggai 8 hari ja. Depa tak tau ka ramai anak kedah ni keja merata kalau chek dok kedah tu senang la crita, sebulan tak pa lagi. Haaa kooo keluaq dah kedah chek ni... Terpaksa aku korbankan cuti hari raya haji, tak boleh lah nak balik kampung time tu...apa nak buat 'berkorban apa sajaa'...

Borang Kuning: Permohonan Nikah Negeri Kedah

Di bawah senarai semak dokumen permohonan nikah bagi Negeri Kedah.  Mana tau ada yang terlepas pandang nanti..peringatan untuk diri sendiri..kalut buat mcm2 yang penting terlupa plk kan...mari sama2 kita renung2kan...ehh buat apa nak renung plk! Marilah sama2 kita saling ingat mengingati...ok guys check it out...Sumber dari webjabatan.kedah.gov.my/

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH 
  • satu salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Satu salinan Kad Pengenalan Wali( Bagi pemohon perempuan)
  • Sijil Kursus Pra Perkahwinan  asal dan salinan(pemohon yang belum berkahwin)
  • Kebenaran berkahwin pihak lelaki (jika lelaki dari luar Daerah -bagi pemohon perempuan )
  • Sijil cerai asal (pemohon yang telah bercerai)
  • Surat mati suami/ isteri  dan salinan surat nikah (pemohon suami @ isteri yang meninggal dunia)
  • satu salinan  Kad Perakuan Memeluk Islam(Pemohon saudara baru )
  • Kebenaran Poligami Dari Mahkamah Syariah (jika poligami)
  • Surat Kebenaran dari kedutaan (Pemohon bukan warganegara)
  • Kebenaran Berkahwin dari pihak berkuasa polis/ tentera (bagi anggota polis / tentera)
  • Borang pemeriksaan HIV
  • Satu salinan surat mati bapa (wali)bagi pemohon perempuan (jika wali meniggal dunia)
  • Satu salinan Surat Nikah ibubapa bagi pemohon perempuan(anak sulung) 
* Borang Permohonan boleh di dapati di Pejabat Agama Daerah berkenaan atau Imam Kariah masing-masing
* Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Imam Kariah masing-masing .
* Permohonan untuk berkahwin hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh untuk bernikah.
* Kebenaran Nikah bagi lelaki (Nikah Luar Daerah / Negeri )- tempoh sahlaku 3 bulan dari tarikh kebenaran
* Kebenaran nikah bagi perempuan (nikah dalam Daerah) - tempoh sahlaku 1 bulan dari tarikh kebenaran.

BAYARAN PROSES
  • RM 4    - Pemohon lelaki (Kahwin Luar Daerah/ Negeri)
  • RM 46  - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu Kariah
  • RM 48  - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu daerah tapi  kariah yang berlainan
  • RM 44  - Pemohon perempuan nikah di dalam daerah

PERATURAN-PERATURAN AM NIKAH
  • Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Daerah
  • Permohonan bolehlah dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh berkahwin (Pemohon lelaki)dan 30 hari dari tarikh berkahwin (pemohon perempuan)
  • Pemohon yang telah berkahwin dan  telah bercerai atau pasangan meninggal dunia tidak perlu hadir Kursus Pra Perkahwinan semula
PERKAHWINAN  YANG MEMERLUKAN KEBENARAN DARIPADA HAKIM SYARIE ( MAHKAMAH SYARIAH)
  • Perkahwinan  Poligami
  • Pekahwinan  di bawah umur ( lelaki - 18 tahun ke bawah dan perempuan 16 tahun ke bawah)
  • Perkahwinan Janda Berhias dalam perjalanan tempoh Iddah
  • Perkahwinan Wali Raja(Wali Hakim)

Wednesday 3 October 2012

Jemputan...

Lagi 1 bulan 1 minggu 5 hari je lagi...kad belum settle lagi. Kad jemputan di Kedah masih dalam proses lagi, dah siap print dan potong cuma tinggal nak ikat dan tampal riben. Sekarang ni siang malam keje aku buat riben...saja menyusahkan diri.  Kad untuk kawan2 ofis aku siapkan awal lagi dan semalam aku dah edarkan. Bukan main suka dorng dapat kad yang sgt suweeett eeee prasannya...Kembang kempis rasanya...ishh jangan lebih2 nanti riak jadinya. Siap usik2 lagi. Usikan nakal dah satu kelaziman plk...tak sah kalau tak nyakat. Jemputan untuk kawan2 sekolah pun dah. Msg minta add kawan2 pun dah. Tunggu nak pos je lagi. Jemputan dalam fb pun dah create. Kawan2 blog atau b2b lain juga saya dengan dengan ikhlasnya menjemput kawan2 ke majlis perkahwinan saya nanti. Sape2 yang balik kampung atau  jalan2 ke Kedah jemputlah ke rumah saya ye...utk alamat penuh sila email saya nona@salam.uitm.edu.my

Siap untuk diedarkan satu ofis



Tuesday 2 October 2012

HIV Test...cuak

Sangat2 tekejut beruk bila call klinik kerajaan semuanya full. Adoiiii.....gilerrr macam mana nak kawin ni...kkShah Alam pun full, 23 Oktober baru ada kosong. Yang paling tak best semua KK result sebulan berkuatkuasa bulan 9. Punya lah kalut call en.abg suruh buat appointment kkKL pun sama fullll. Aku call kk area KL, yang ada cuma 2 Nov. result sebulan juga. Ayooooo..... dah macam kucing mati anak. Tak tak senang duduk aku, rasa nak jerit....cuak! makkkk camne nak kawin niiiii....

En.abg call kata kkSungai Buloh boleh walk-in tak yah apptmt. datang terus wat hiv test pastu tunggu result sebulan. Emmm...boleh lah dari takde langsung. Giler lagi sebulan lebih jer nak kawin hiv tak settle lagi...mana nak sisi borang, nak hantar borang lagi....peninggg. Selalunya result hari yang sama, dorg ckp ada sistem rosak sebab tu yang jadi result sebulan tu...ye ke ni?!!

Kami setuju nak g sg.buloh. Aku dari Shah Alam drive g ofis en.abg di bbs, senang g sekali. Bila dah sampai ofis dia cakap pejabat agama selangor (jais) kata boleh buat hiv test di mana2 klinik swasta kemudian bawa result g endorse dengan klinik kerajaan. Call kk semua cakap macam tu... Tak pasti lagi boleh ke tak ni...silap2 buat hiv di selangor tapi tak leh guna plk di kedah, tak ke naya kan...Nak kepastian lagi call abg ipar kat kedah tanya boleh ke hiv buat klinik swasta pastu endorse klinik kerajaan, pastu pej.agama kedah terima ke tak?!...Dia kata boleh! Fuhhh teramat2 lega dengar....Kami dengan senang hatinya g klinik swasta yang terdekat walaupun tadi masing2 dah membara...hmm sabarr....Tak de nak isi borang apa2 just isi kad klinik...doktor panggil masuk dan cucukkk....amik darah satu tiub...bayar sorang RM30. Masa en.abg amik darah aku berani tenguk tapi bila time aku plk kena amik darah aku tak berani nak tengok....huuuu 'seqeyau'...memang bab amik darah tak berani tengok walaupun aku pernah derma darah...tak sakit pun...ceee blagak nye, tadi takut kemain. Selesai sorang satu tiub pastu tunggu dalam 2 atau 3 hari je result dah keluar...Tunggu nak g endorse dengan kk dan amik borang di pej.agama saje lagi...Cepat ye abg jangan tangguh2 lagi...kita tak pasti lagi halangan apa plk lepas ni...

masa en.abg dicucuk sempat aku amik gambar, sib baik doktor tak terkejut cucuk tempat lain, doktor ni relax jer

2 3 hari tunggu result, tangan aku lebam lepas dicucuk

Keputusan dan keluar: non-reactive..alhamdulillah