Weekend lepas balik ke alr str bersama2 en.abg untuk settlekan borang kebenaran nikah sebelah aku pula...kebanyakan barang wedding aku angkut bawa balik hrtu, cuma yang aku tak bawa blk baju dan kasut wedd. je, tu bila balik kenduri nanti. Balik haritu g rumah tok wan untuk sain wali dan dapatkan salinan ic tok wan. Esoknya g umah tok imam dengan en.abg dan mak untuk dapatkan pengesahan imam kariah, sebab pagi2 lagi abg. ipar aku dah call, dia suruh dtg pukul 8.30 pagi. Kami terlewat 10 minit ..yang klakarnya, sampai je tok imam dah tunggu depan pintu kat tangan siap pegang cop lagi ko.....Ok je tok imam tu siap sembang ramah ke main, tanya keje kat mana, tanya en.abg tinggal mana keje apa, orang mana..itu je. Sepupu aku yg tinggal kt penang lain pula...siap kena interview macam2 lagi. Rasanya ikut orang juga, ada yang kena interview ada yang tak. Dah tok imam tu pun cop kami terus g pejabat agama.
Dah sampai tertinggal pulak sijil kursus kahwin, patah balik ambil. Nasib baik rumah dekat je. En.abg kata kalau dia yang tertinggal pasti kena leter, mesti lah hehe tapi ni aku yang terlupa tak kan nak leter diri sendiri hihi...sib baik tak kena pot pet pot pet...Orang tak ramai sangat so cepat lah proses penyerahan dokumen, hanya perlu bayar RM12. Surat kebenaran nikah siap isnin depan, selalunya boleh siap haritu juga atau 2 hari saja mungkin dah dekat raya haji lambat pula siapnya. Tapi tak pe yang penting semua dah submit dan yang syok gilernya semua bab2 borang dah settle..lapang rasanya...dan nona leh la kawin dengan en.abg tersayang...yeayyy dah leh kawin...gateiii :p
oppsss... satu lagi nak citer...biasalah orang nak kawin ni mcm2 dugaan kan...en.abg demam masa balik kg haritu aku ingat mungkin sebab sejuk drive malam2 balik alr str. Rupa2nya dia kena chicken pox....waaaaa dah dekat nak kawin ni tak kan nak tema polka dot kot...sib baik tak banyak sangat naik, mcm jerawat je skit2. Tak pasti juga sebab baru naik....huhu sedih pulak tengok. Tak pe nanti kita pakai concealer ye, tutup polka dot...harap en.abg sihat dan sembuh cepat...chicken pox please go away...
Showing posts with label Borang Nikah. Show all posts
Showing posts with label Borang Nikah. Show all posts
Monday, 22 October 2012
Friday, 12 October 2012
Borang Nikah Lelaki..settle
Minggu depan aku boleh balik kg...akhirnya en.abg berjaya settlekan borang kebenaran nikah pihaknya. Dia ambil borang di pej.agama selangor, walaupun alamat kad pengenalannya dalam kariah rembau. Jadi dia tak payah balik ke rembau untuk ambil borang permohonan kahwin. En.abg isi borang mastautin (BORANG 1) dan dapatkan pengesahan imam kariah tempat dia tinggal sekarang. Isi borang permohonan kebenaran berkahwin (BORANG 2A) pastu dapatkan pengesahan dari pendaftar di pej.agama, nti dia bagi surat kebenaran berkahwin luar negeri selangor (BORANG 3B).
Ini untuk panduan sesiapa yang bekerja dan bermastautin di selangor, so tak perlu susah2 balik ke negeri masing2 untuk dapatkan borang nikah...aku tak pandai sangat nak terangkan bab2 ni, tapi ni dari apa yang en.abg citer dan aku adaptasikan dalam blog ni...
Dah selesai dipihaknya, balik ke kedah untuk dapatkan pengesahan imam kariah, tandatangan wali (datuk mewalikan aku nti sebab ayah dah meninggal...sedih ayah tak sempat walikan aku) pastu g pej.agama kedah dapatkan surat kebenaran nikah...harap semuanya berjalan lancar...Balik kedah nanti mcm2 nak settle, g butik bayar duit balance pakej, fitting baju skali lagi (tiap kali blk je g fitting), g bayar duit katering dan bincang pasal khemah/lauk/meja vip dll.
Ini untuk panduan sesiapa yang bekerja dan bermastautin di selangor, so tak perlu susah2 balik ke negeri masing2 untuk dapatkan borang nikah...aku tak pandai sangat nak terangkan bab2 ni, tapi ni dari apa yang en.abg citer dan aku adaptasikan dalam blog ni...
Dah selesai dipihaknya, balik ke kedah untuk dapatkan pengesahan imam kariah, tandatangan wali (datuk mewalikan aku nti sebab ayah dah meninggal...sedih ayah tak sempat walikan aku) pastu g pej.agama kedah dapatkan surat kebenaran nikah...harap semuanya berjalan lancar...Balik kedah nanti mcm2 nak settle, g butik bayar duit balance pakej, fitting baju skali lagi (tiap kali blk je g fitting), g bayar duit katering dan bincang pasal khemah/lauk/meja vip dll.
Monday, 8 October 2012
Borang Nikah & senarai semak
Borang permohonan nikah ni adik aku tolong ambik masa dia daftar nikah bulan 6 lepas. Ada dua borang satu kuning dan satu bertulisan jawi. So aku cuma isi dan tunggu borang kebenaran nikah dari lelaki dan boleh bawa ke pejabat agama di Kedah. Borang hanya boleh submit sebulan sebelum tarikh nikah. Nampaknya tak boleh lah nak hantar awal..minggu depan lah baru aku boleh balik kedah dapatkan pengesahan imam masjid kariah pastu hantar borang ke pej.agama. Awat depa ni dok buat kalut orang ja sebulan nak nikah baru boleh hantaq borang....issshh dan ka ni...depa tak tau ka ingat selalu ka chek nak balik dah la cuti tinggai 8 hari ja. Depa tak tau ka ramai anak kedah ni keja merata kalau chek dok kedah tu senang la crita, sebulan tak pa lagi. Haaa kooo keluaq dah kedah chek ni... Terpaksa aku korbankan cuti hari raya haji, tak boleh lah nak balik kampung time tu...apa nak buat 'berkorban apa sajaa'...
Di bawah senarai semak dokumen permohonan nikah bagi Negeri Kedah. Mana tau ada yang terlepas pandang nanti..peringatan untuk diri sendiri..kalut buat mcm2 yang penting terlupa plk kan...mari sama2 kita renung2kan...ehh buat apa nak renung plk! Marilah sama2 kita saling ingat mengingati...ok guys check it out...Sumber dari webjabatan.kedah.gov.my/
PERATURAN-PERATURAN AM NIKAH
![]() |
| Borang Kuning: Permohonan Nikah Negeri Kedah |
Di bawah senarai semak dokumen permohonan nikah bagi Negeri Kedah. Mana tau ada yang terlepas pandang nanti..peringatan untuk diri sendiri..kalut buat mcm2 yang penting terlupa plk kan...mari sama2 kita renung2kan...ehh buat apa nak renung plk! Marilah sama2 kita saling ingat mengingati...ok guys check it out...Sumber dari webjabatan.kedah.gov.my/
SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN NIKAH
- satu salinan Kad Pengenalan pemohon
- Satu salinan Kad Pengenalan Wali( Bagi pemohon perempuan)
- Sijil Kursus Pra Perkahwinan asal dan salinan(pemohon yang belum berkahwin)
- Kebenaran berkahwin pihak lelaki (jika lelaki dari luar Daerah -bagi pemohon perempuan )
- Sijil cerai asal (pemohon yang telah bercerai)
- Surat mati suami/ isteri dan salinan surat nikah (pemohon suami @ isteri yang meninggal dunia)
- satu salinan Kad Perakuan Memeluk Islam(Pemohon saudara baru )
- Kebenaran Poligami Dari Mahkamah Syariah (jika poligami)
- Surat Kebenaran dari kedutaan (Pemohon bukan warganegara)
- Kebenaran Berkahwin dari pihak berkuasa polis/ tentera (bagi anggota polis / tentera)
- Borang pemeriksaan HIV
- Satu salinan surat mati bapa (wali)bagi pemohon perempuan (jika wali meniggal dunia)
- Satu salinan Surat Nikah ibubapa bagi pemohon perempuan(anak sulung)
* Borang Permohonan boleh di dapati di Pejabat Agama Daerah berkenaan atau Imam Kariah masing-masing
* Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disahkan oleh Imam Kariah masing-masing .
* Permohonan untuk berkahwin hendaklah diserahkan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum tarikh untuk bernikah.
* Kebenaran Nikah bagi lelaki (Nikah Luar Daerah / Negeri )- tempoh sahlaku 3 bulan dari tarikh kebenaran
* Kebenaran nikah bagi perempuan (nikah dalam Daerah) - tempoh sahlaku 1 bulan dari tarikh kebenaran.
BAYARAN PROSES
- RM 4 - Pemohon lelaki (Kahwin Luar Daerah/ Negeri)
- RM 46 - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu Kariah
- RM 48 - Pemohon lelaki dan perempuan di dalam satu daerah tapi kariah yang berlainan
- RM 44 - Pemohon perempuan nikah di dalam daerah
PERATURAN-PERATURAN AM NIKAH
- Pemohon hendaklah bermastautin di dalam Daerah
- Permohonan bolehlah dihantar seawal-awalnya 90 hari dari tarikh berkahwin (Pemohon lelaki)dan 30 hari dari tarikh berkahwin (pemohon perempuan)
- Pemohon yang telah berkahwin dan telah bercerai atau pasangan meninggal dunia tidak perlu hadir Kursus Pra Perkahwinan semula
- Perkahwinan Poligami
- Pekahwinan di bawah umur ( lelaki - 18 tahun ke bawah dan perempuan 16 tahun ke bawah)
- Perkahwinan Janda Berhias dalam perjalanan tempoh Iddah
- Perkahwinan Wali Raja(Wali Hakim)
Subscribe to:
Posts (Atom)

