Friday, 12 October 2012

Borang Nikah Lelaki..settle

Minggu depan aku boleh balik kg...akhirnya en.abg berjaya settlekan borang kebenaran nikah pihaknya. Dia ambil borang di pej.agama selangor, walaupun alamat kad pengenalannya dalam kariah rembau. Jadi dia tak payah balik ke rembau untuk ambil borang permohonan kahwin. En.abg isi borang mastautin (BORANG 1) dan dapatkan pengesahan imam kariah tempat dia tinggal sekarang. Isi borang permohonan kebenaran berkahwin (BORANG 2A) pastu dapatkan pengesahan dari pendaftar di pej.agama, nti dia bagi surat kebenaran berkahwin luar negeri selangor (BORANG 3B).

Ini untuk panduan sesiapa yang bekerja dan bermastautin di selangor, so tak perlu susah2 balik ke negeri masing2 untuk dapatkan borang nikah...aku tak pandai sangat nak terangkan bab2 ni, tapi ni dari  apa yang en.abg citer dan aku adaptasikan dalam blog ni...


Dah selesai dipihaknya, balik ke kedah untuk dapatkan pengesahan imam kariah, tandatangan wali (datuk mewalikan aku nti sebab ayah dah meninggal...sedih ayah tak sempat walikan aku) pastu g pej.agama kedah dapatkan surat kebenaran nikah...harap semuanya berjalan lancar...Balik kedah nanti mcm2 nak settle, g butik bayar duit balance pakej, fitting baju skali lagi (tiap kali blk je g fitting), g bayar duit katering dan bincang pasal khemah/lauk/meja vip dll.

6 comments:

  1. Sama. Baru setel borang belah lelaki. Dia buat kat KL guna borang bermastautin jugak. Takyah dia ulang-alik balik kedah. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang barulah tenang hati sy... :)

      Delete
  2. inilah part yang paling sukar sekali..

    leganyee kalau dah settle..

    =)

    ReplyDelete
  3. kite sume nye dh setel.. tgu ari nikah je.. heehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh...bestnya, kita tak settle lg...

      Delete