Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kad Kahwin. Show all posts

Monday, 29 October 2012

1st b2b customer

TQ Tag ni ditempah oleh kawan blogger b2b juga, kenal pun melalui blog ni. Terima kasih kerana mempercayai nona untuk design thxtag for ur wedding..tq we :) Selalunya customer hanya kawan yang mengenali nona dan kawan2 ofis sahaja. Tak sangka pula my new fren ni memberi kepercayaan kepada nona untuk design..tq Harap we berpuas hati.. and its really cute and sweet!..kan! hehe. pasan plk i ni. Selain tu ada few customer yang menempah kad kahwin, masing2 nak design & concepts macam wedding card nona. Ok tak pe boleh je, kahwin tempat lain2 kan cuma nona ubah color dan motif ikut tema majlis...

Tempahan TQ TAG 100pcs dari b2b blogger

Tema turquoise

Tema yellow

Wednesday, 3 October 2012

Jemputan...

Lagi 1 bulan 1 minggu 5 hari je lagi...kad belum settle lagi. Kad jemputan di Kedah masih dalam proses lagi, dah siap print dan potong cuma tinggal nak ikat dan tampal riben. Sekarang ni siang malam keje aku buat riben...saja menyusahkan diri.  Kad untuk kawan2 ofis aku siapkan awal lagi dan semalam aku dah edarkan. Bukan main suka dorng dapat kad yang sgt suweeett eeee prasannya...Kembang kempis rasanya...ishh jangan lebih2 nanti riak jadinya. Siap usik2 lagi. Usikan nakal dah satu kelaziman plk...tak sah kalau tak nyakat. Jemputan untuk kawan2 sekolah pun dah. Msg minta add kawan2 pun dah. Tunggu nak pos je lagi. Jemputan dalam fb pun dah create. Kawan2 blog atau b2b lain juga saya dengan dengan ikhlasnya menjemput kawan2 ke majlis perkahwinan saya nanti. Sape2 yang balik kampung atau  jalan2 ke Kedah jemputlah ke rumah saya ye...utk alamat penuh sila email saya nona@salam.uitm.edu.my

Siap untuk diedarkan satu ofis



Tuesday, 18 September 2012

Our wedding invitation card...

My final design.....kad kahwin buat sendiri...sangat puas hati  :)

 

Bride



Tag 4 wedding cards

Groom



Tuesday, 11 September 2012

Tukar design kad

Citer pasal kad kahwin ni, rasanya dah 4 kali tukar. Design sendiri memang camni ada je rasa tak kena. Tambah pula dengan adik aku yang kejap jadi kejap tak..rasa nak lempang2 jer....Masuk ni dah 2 kali dia cancel nak buat wedding sekali. Huru hara jadinya. Terpaksa design 2 3 kali. Membazir kertas je...
1st design
1st design ni actually semua dah setuju, cuma perlu ubah bagi menarik je. Tapi aku kurang suka sebab masa ni design just nak tunjuk sample dan suruh dorang check nama, alamat, peta dan nak tambah apa yang terkurang. Ada 3 helai sebenarnya muka depan nama kami, m/s 2 walimatulurus, m/s 3 peta dan m/s belakang hadis. Tebuk dan ikat dengan riben di tepi. Tak jadi sebab guna kertas dan riben yang sangat banyak..membazir..cancelll
2nd design
 2nd design ni en.abg kurang suka walaupun dia cakap ok, dengar nada pun dah tau dia tak suka. Serabut katanya banyak mungeee...Tak pe by kan designer alaa small matter jer...
3rd design
3rd design buat design polkadot, dah cantik tapi nak cari sampul pulak susah. Dah cari semua tempat semua saiz standard. Custom made boleh la..kos lagi...cancellll ok design yang lain pula. Berdebar masa nak present dekat en.abg, takut dia tak suka. Rasa macam student dulu pula siap kena presentation artwork. Sebenarnya dia tak kisah pun. Masalah cuma sampul je. Bagi menyenangkan kami, design lain senang. Buat kad ikut sampul standard..abih citer