Showing posts with label Survey. Show all posts
Showing posts with label Survey. Show all posts

Thursday, 6 September 2012

Survey Hotel/Homestay

Dah balik kampung macam2 kena uruskan, dari fitting baju, cat rumah, survey homestay/guesthouse dan hotel. Tu pun ada juga tak sempat. Petang raya ke-3 ajak mak g survey hotel dan homestay sekitar Alor Setar. Tengok depan PKNK ada homestay rumah double storey tak tau berapa bilik just amik no je tak call pun sebab tengok macam bilik skit je. Pegi ke jalan Lebuhraya Darulaman, area tu banyak bajet hotel. Singgah salah satu hotel situ, ASRC Hotel, aku minta nak tengok recp. bagi kunci untuk tengok bilik. Emmm..macam tak sesuai sangat lah, bau asap rokok pun ada, macam terkepam pun ada sebab dia bagi pun bilik yang orang baru checkout tak sempat kemas lagi. Sebenarnya agak ok tempat ni cuma kena naik tangga skit la.  Harga berpatutan, murah bilik biasa RM58 dan bilik besar skit RM100++ tak ingat pulak seratus berapa tapi rasanya tak sampai pun RM110. Mak tak berkenan sangat. Tak sesuai lah sebab kena naik tangga pula sian orang2 tua. Biasa lah hotel bajet takkan bajet 5* kan. Bakal ibu mertua ku sakit kaki, sian dia susah nak naik tangga. Tapi yang bestnya sebelah tu ada swimming pool.


Pastu pegi pulak ke Jalan Stadium, Hotel Sabena betul2 depan stadium Darulaman. Tempat ni agak strategik dekat sangat dengan pusat bandar. Harga ikut musim, kalau musim perayaan cth. hari raya mahal skit dari rate biasa. Bulan 11 harga satu bilik deluxe RM75. Hotel ni baru, agak cantik, kemas. Ada 4 tingkat pun kena naik tangga. Gambar google source: http://www.malaysiabudgethotels.com


Penat pusing2 hujan pun turun lebat giler, balik rumah sebab ada tetamu nak datang. Call en.abg dia pun tengah survey homestay alr str dalam internet.. Dia suruh g survey homestay Villaria dekat Jln. Dato Kumbar. Abg. ipar aku pun cari gak dia cakap ada satu homestay dekat Jln. Sultanah, agak dekat juga dengan rumah mak. Sewa RM800 satu hari. Takpe apa2 pun malam tu kami p survey dua2 tempat tu. Sape2 yang kenduri dekat Alr Str boleh lah survey homestay dekat sini. Siap promote lagi.


Lepas tengok2 Sham Homestay kami p pula ke Villaria yang en.abg kata tu. Pegi pun malam gambar luar tak berapa jelas sikit. Besar juga rumah ni, boleh muat satu bas panjang dan kalau kete 20 bijik boleh sumbat ni.View kat dalam kemas dan cantik,  7 bilik semua ada bilik air kecuali satu bilik untuk single kena guna bilik air dapur. Bilik tu pun dah tepi dapur. Semua bilik lengkap dengan aircond, tv. Dapur, peti sejuk, dapur, oven, seterika pun disediakan. Ruang legar pun besar. Kalau ramai sangat bolehlah bawa toto tido je kat ruang tamu tu. Agak aku 20 orang pun leh muat ruang tu. Kalau sewa toto/tilam RM20 satu. Bilik dinamakan sempena nama bunga ada kenanga, orkid, lily, mawar (bilik khas untuk pengantin) tu je yang aku ingat. Satu hari sewa RM750 + RM100 (maintainance: dipulangkan waktu checkout) kalau berlaku kerosakan yang tidak dilaporkan dan yang sendiri saja rosakkan. So jaga baik2 macam rumah kita juga. Kena tengok budak2 jangan buas sangat panjat2 sampai patah2 kerusi tu memang korang kena ganti le. Tu sebab dia minta extra caj. RM100. So kalau berlaku paip tersumbat cepat2 contact penjaga villa ni kalau takkk..tak pasal2 kena bayar seratus tu. Mak, kak, abg.ipar dan aku juga amat puashati dengan rumah ni. Aku pun malas nak pk bukan senang nak cari homestay besar dan luas camni. Terus bayar deposit RM250 untuk booking. Family dan rombongan en.abg pun lebih kurang 40-50 orang memang sangat sesuailah rumah ni. Ada beberapa gambar yang sempat aku capture...

Rombongan ke villaria homestay
Signboard yang besar depan homestay
Pintu masuk, kena buka kasut bawah tangga tu sebab ada blue carpet sampai ke pintu
View keseluruhan rumah dari luar
Ruang tamu dan ruang legar
Meja Makan tepi tangga, ada lagi meja makan dekat ruang legar
Bilik kenanga, 2 katil queen size. Cantik, luas dan selesa.
Bilik kenanga tingkat bawah.
Bilik air
Dapur
Ruang legar yang sangat luas
Lawatan ke tingkat atas pula
Bilik tingkat atas, besar bilik ni. 2 katil queen size dan 1 single
View dari tangga ke tingkat atas

Source: http://alorsetarhomestay.blogspot.com









Tuesday, 26 June 2012

Makeup Artist

Satu lagi bab nak cari makeup pengantin...rasa lega sikit dah amik pakej yang termasuk dengan makeup, sebelah alor setar...beresss...2x makeup, nikah dan sanding di Love Studio. Cuma sebelah N9 je sebab aku tak amik pakej apa pun, sama da pelamin, bilik, meja beradap pun tak cari lagi, tak tau le nak cari sendiri atau nak serah pada family dia. Baju dah ada, pelamin nanti lah cari...susah lah nak g sampai Rembau, tak ada masa free lagi...

Apa pun makeup untuk sebelah N9 aku dah booking dari awal tahun lagi, book awal2, sebab dah tanya kebanyakan makeup artist dah fully book. Nasib aku baik sangat2 sebab salah satu makeup artist ni masih free tarikh tu....huhuu legaaa bukan senang nak cari makeup artist yang makeup nya melotupp kebabommm.... Memang lain lah perubahan dari sebelum dan selepas dia makeup, siap nampak macam artis ko....agaknya aku nanti macam artis mana ye? hahahahaha perasannnn gilerrr...Ye aku dah book dengan Gee Cantik Makeup Artist...kelasss u...



macam izara kan!

Sebelum tu ada juga yang aku survey tapi dah full, tapi nak bagi info jurusolek yang aku dah survey yang aku rasa cantik sentuhan makeupnya, salah satunya Lya L'Touch anak didik Gee Cantik juga tapi dah fully book, tapi aku bila aku try contact gee, tarikh tu masih lagi free...lagi hepi sebab aku dapat magical touch dari tok guru nya, tak pe berkat kesabaran pasti berbaloi...kalau nak survey leh tengok2 di sini http://ltouch.blogspot.com/ 

cantik kan!

Atau cuba yang lain:

1.  http://emmapesona.com/web/ (mula2 memang berkenan sangat nak emmapesona, tapi servis dia cuma disekitar lembah klang sahaja.... :(

my friend, makeup by emmapesona...gorgeous!

2. http://kelrina.blogspot.com/
3. http://adiethemakeupartist.blogspot.com

Kalau rasa last minute tak ada sangat makeup artist korang suruh lah kengkawan yang pandai makeup atau susah2 sangat makeup je sendiri. Sekarang ni bukan bisnes je dihujung jari tapi makeup pun guna hujung jari...betoiii laaa hehe...Apa kata tengok tutorial di YouTube macam2 pesen makeup nak smokey eyes ke nak makeup mcm kim kardashian, nak apa je mcm2 teknik ada, cuma terer ngn tak je le....atau jengah2 blog atau surf website tentang makeup tutorial ni, segala mak nenek ado...contohnya kat sini yang aku sempat jengah http://www.makeupgeek.com

Friday, 15 June 2012

Taman bunga???

Rasa nak kongsi dengan semua tempat2 jual barang2 vintage dan artificial flower yang aku survey. Bolehlah survey barang2 untuk doorgift. Sekali pandang dah macam taman bunga. Banyak ko...macam2 jenis. Saje je singgah di Alam Sentral sebab g Nagoya beli lace untuk projek beading NonaDsign. Kedai ni nama Romantika tingkat paling atas Alam Sentral, Shah Alam tingkat 5 kot...

Sebelah kiri barang2 hiasan
Sebelah kanan hiasan bunga artificial, mcm taman


Budak sekolah ni pun teruja...Alia asyik belek bunga

Friday, 25 May 2012

Survey dulu...baru book!

Sambung pula kisah balik kampung....

Alang2 dah balik aku ajak mak dan en.abg g survey pakej kahwin ( hahaha...lambat lagi weii ). Aku tau lambat lagi tapi sekarang ni orang dan siap booking awal2. Aku tak nak le tarikh aku kahwin nanti orang dah book, tak ke pening nanti. Nak cari butik pengantin best2 bukannya banyak. Lagi satu yang boleh memenuhi citarasa dan menembusi imaginasi langit ketujuh aku ni.

Kami mulakan ekspedisi mencari butik pengantin di sekitar Alor Star. Kami g ke City Plaza, survey butik De Kasih, biasa2 je baju dia tak banyak pilihan. Sesapa yang nak pakej yang murah dan jimat boleh ke butik ni, aku sempat snap pakej yang paling murah, ada gak pakej lain bergantung apa yang ditawarkan. Nak survey sila klik link ni http://ratumempelai.blogspot.com

Pakej Nikah
Mula dari Pakej 1 (ada pakej lain lagi)

Nexttt.....Ke Mergong pula, masuk Tesco ada satu booth dari Butik Ratu Mempelai..ok gak pelamin cantik, baju just ok, mekap pun ok. Butik betulnya kat Komplek Pekan Rabu. Nak lihat lagi http://ratumempelai.blogspot.com/

Cantik juga kan...
Area situ gak ada satu lagi butik SyamSyais Wedding Planner sangat awesome ada kelas butiknya, ownernya  Paksu sangat ramah dengan customer, boleh bicang apa yang korang inginkan. Dia suggest aku pelamin dan baju yang sesuai...Cantik2 juga, baju butik ni banyak gunakan material chiffon& satin. Gambar2 dari blog syamsyais WP link  http://syamsyaisas.blogspot.com


Pelamin ala-ala kristal


Dah dapat maklumat semua kami ke Jitra pula (memang dalam target pun) ke Butik Romzy Studio masa ni owner belum tukar lagi sekarang nama baru Love Studio. Ownernya panggil Paksu juga. Mula melangkah ke butik tu..wahhhh banyaknya bajuu..cantiknya..cantiknya...banyak sangat pilihan, kalau merah satu sudut baju color merah je..sudut lain biru, lain pulak purple, hijau, kuning, pink...mata pun berpinau2 rambang tengok mana satu nak pilih ni... Teruja siot...tapi buat muka maintain nanti mak cakap ngada2 pula kihkih... Terus aku book pakej RM3000. LS qoute kat aku:
  • Baju 3 pasang
  • Makeup 2x 
  • Pelamin
  • Bilik Tidur
  • Pintu Gerbang
  • Inai Tangan
  • Meja kek
  • Payung
  • HB fresh flower
 Boleh tengok lagi fb link http://www.facebook.com/paksu.huhu

Cantik pelamin love shape...fall in love with Love Studio