![]() |
| Akhirnya macam ni je..simple, cukup! |
Showing posts with label Doorgift. Show all posts
Showing posts with label Doorgift. Show all posts
Monday, 29 October 2012
diyBox Doorgift Malam Nikah/Marhaban
Malam pernikahan kami nanti ada hadiah istimewa untuk family en.abg, istimewa sebab ia merupakan tasbih (yang dibeli hehe sebelum tu ada hati nak diy tasbih tapi tak cukup masa...beli je lah) Ramai yang memberi tasbih dan surah yasin sebagai doorgift. Doorgift ni juga untuk diberi pada kumpulan marhaban. Moga setiap biji tasbih yang menyebut khalimah Allah merupakan doa untuk kami berdua dan juga untuk mak & keluarga serta arwah ayah, tok, wan dan seluruh umat Islam...amin. Masa balik kampung haritu sempat siapkan serba sikit doorgift, tasbih ni nanti nak diletakkan dalam kotak. Murah rezeki aku bila kotak ni diberi percuma...jimatttt. Kotak2 tu sebenarnya lebihan dari doorgift masa ofis aku buat event high-tea dulu. Banyak sangat so dorg ni bagi je kat aku. Memula aku tak tau nak buat apa kotak byk2 ni sebab goodies bag dah ada. Amik je lah dah orang bagi kan...tak sangka pula nak guna, sib baik amik.
So kotak ni aku letak tasbih dan muffin (nti kakak, anak buah dan aku akan buat) dan mak aku pastinya merungut.."last minute mesti nak buat macam2..dan ka? "Dan la mak... semua muffin tu kak buat" hahaha aku tunjuk je caranya pastu dia lah buat sampai abis. Panten nak siapkan bilik, banyak keje lain tau...Memandangkan kotak ni tak de design apa2...putih je. Label dan tag kotak ni pun aku design so tak de la kosong sangat...
Ok tepi kotak dah hias...alahaiii atas pulak kosong! Mende nak letak ni riben ke bunga..ke bunga ke riben...emmm. Nak diy flower paper nak letak atas kotak tu..mesti suwet gitu ada munge atas kotak, berangan2 ni...pastu terus diy...flower paper..kalau korang rajin bolehlah buat...
Last, senang citer...dah tak menang tangan, leceh nak buat flower paper, byk guna masa dan tenaga untuk kasi meriah skit aku letak je riben besar, mcm ala2 english style gitu, Yang
riben besar ni cuma 50 pcs saje. Kotak lain2 tu hias je dengan apa yang
ada....jangan membazir
Tuesday, 11 September 2012
Label: goodies paperbag
Mood tak berapa nak ok hari ni tapi cuba nak lupakan jap masalah yang buat serabut pale otak je. Kali ni nak tunjuk label untuk doorgift entry yang lepas http://nona-pinkblue.blogspot.com/search/label/Doorgift . Label ni design yg baru, sebelum ni dah siap label tapi tukar pulak sebab adik aku tu buat hal plk last2 minute. Nasib baik design ni dah siap awal sebelum aku kena tukar lagi...emmm sabar jer lahh...tak pakai sticker paper pun, print atas kertas A4, potong lekat gam jer...abis citer
![]() |
| myDesign:Label |
Tuesday, 24 July 2012
Bekas Favor
Ada lagi wedding favor! Ni akibat banyak jalan maka banyak pula permintaan hati ni nak buat tu buat ni. Hasil ikut kak Yus dan kawannya pegi ke kedai menjual barang2 bakery BAGUS di Sec13, Shah Alam. Macam2 adoo, kedai besar dan banyak plk pilihan. Aku ni pantang tengok benda yang cute lebih2 lagi polkadot...pink plk tu. Sama pulak dengan tema. Bekas cupcake yang comei lotee bukan bentuk bulat tapi empat segi. Aloo.. looo.. cutenye sesuai untuk goodies kanak2. Jangan nonaaa...jangannnn...jangannnn tak ambik!! Ambik kau 2 paket sekali rembat. Setiap satu pack ada 100 pcs, cukup kot 200 pcs. Tak sempat nak capcure gambar kedai.
![]() |
| comel bekas cupcake ni.. |
Monday, 16 July 2012
Goodies for Kidz...
Masa beli barang dapur kt Mydin terjumpa lah paper bag ni yang selalu digunakan untuk bungkus goreng pisang. Mula2 tak ada dalam perancangan pun nak guna paper bag ni, tapi tiba2 datang pula idea nak buat goodies untuk kanak2 plk. Tulah kalau jalan2 ada je la idea yang datang. Ok juga bukan mahal mana pun 1 paket ada 100pcs harga RM3.60 je...pa lagi grab lah 2 paket. Tak nak buat banyak pun goodies ni, cukup lah dalam 200 pcs je. Just simple deco..letak my own label TQ Tag. Tak pasti lagi nak letak apa dalamnya, belum survey barang goodies lagi, myb snack, lollipop..etc..Simple dan yang paling penting jimat!
![]() |
| Design label paperbag polkadot & pink monogram, design yang sama untuk MYpostcard |
![]() |
| Label untuk goodies bag |
Tuesday, 3 July 2012
DIY Doorgift Surah Yasin
Hari nikah nanti mak nak adakah majlis bacaan yasin dan marhaban, so apa kata aku sediakan sedikit cenderahati untuk orang2 masjid dan juga untuk keluarga lelaki...moga niat pemberian ikhlas nanti akan mendapat keberkatan dariNya...moga majlis kami berjalan lancar dan diredhai Allah SWT....Aminnn
Dengan bakat yang dianugerahkan, alhamdulillah...aku mula buat research apa yang sesuai untuk majlis pernikahan nanti. Google...google...then timbul idea bila tengok ramai yang memberi surah yasin atau tasbih untuk majlis nikah...ok gak!...Mula la kepala ni ligat search sana search sini....dapatlah idea. Surah yasin yang terdapat di pasaran harga paling murah RM0.90 hingga RM2.90, lebih pun ada tapi besarlah plk. Aku nak yang comel2 je, pocket sizes..design cover lain ikut tema. Isi kandungan tetap guna yang asal cuma cover je aku tukar.
Dengan bakat yang dianugerahkan, alhamdulillah...aku mula buat research apa yang sesuai untuk majlis pernikahan nanti. Google...google...then timbul idea bila tengok ramai yang memberi surah yasin atau tasbih untuk majlis nikah...ok gak!...Mula la kepala ni ligat search sana search sini....dapatlah idea. Surah yasin yang terdapat di pasaran harga paling murah RM0.90 hingga RM2.90, lebih pun ada tapi besarlah plk. Aku nak yang comel2 je, pocket sizes..design cover lain ikut tema. Isi kandungan tetap guna yang asal cuma cover je aku tukar.
Friday, 29 June 2012
DIY Favor Box
Benda yang buat aku suka sangat bila jumpa sesuatu yang menarik dan praktikal. Do it yourself ur own favor box, packaging yang sangat menarik, dah sediakan template, print, potong, bentukkan kotak, bunyi senang tapi remeh gak la...kalau org lain biasanya beli je lah, byk choice kt luar...tapi tak rasa teruja ke nak buat sendiri....errr sikit leh la...kalau 100 ke atas bengkok jari ko....ala suka2 jer, aku gemar keje2 kraf ni...nak cuba juga. Love free templates..tq :). Inspired me http://www.stylemepretty.com
DIY Favor Packaging
| Favor packaging by StyleMePretty |
Free Templates:
1. Pink Polkadot click here
2. Yellow Stripes click here
3. Pink Flowers click here
4. Yellow Waves click here
Di bawah contoh kotak yang aku buat dan design sendiri, lepas design dalam Illustrator, layout yang dh design letak je atas template tu, automatik layout kita ikut template box ...amat senang sekali...![]() |
| Before Original Template |
![]() |
| After create my design...just add pink/brown stripes, white lace and event monogram |
![]() |
| Left: Original from template Right: my favor box |
![]() |
| My own favor box : Tasbih majlis pernikahan nanti.. :) |
DIY Candy Poppers
Ada lagi idea doorgift yang boleh menjadi inspirasi untuk majlis kita...jom kongsi bersama. Rasa terujanya nak mulakan projek DIY ni. Nampak sangat mudah dan menarik, warna pun sweet... Blog inspirasiku http://www.stylemepretty.com
DIY Candy Poppers by Posh Paperie+Jackie Wonders
DIY Butterfly Rice Tosser
Masih mencari idea untuk doorgift? Seronok dan puas hati kalau dapat buat sendiri, lebih2 lagi untuk hari bersejarah anda. Buat sahaja sesuai untuk majlis perkahwinan tetapi juga untuk majlis pertunangan, Aqiqah dan cukur jambul dll. Beberapa contoh untuk doorgift untuk dikongsi bersama...lihat di sini, ideanya sangat menarik.... love.. Style Me Pretty.
Inspired here http://www.stylemepretty.com/
Inspired here http://www.stylemepretty.com/
DIY Butterfly Rice Tosser by Posh Paperie+Jackie Wonders
Subscribe to:
Posts (Atom)



















