Friday 25 May 2012

Survey dulu...baru book!

Sambung pula kisah balik kampung....

Alang2 dah balik aku ajak mak dan en.abg g survey pakej kahwin ( hahaha...lambat lagi weii ). Aku tau lambat lagi tapi sekarang ni orang dan siap booking awal2. Aku tak nak le tarikh aku kahwin nanti orang dah book, tak ke pening nanti. Nak cari butik pengantin best2 bukannya banyak. Lagi satu yang boleh memenuhi citarasa dan menembusi imaginasi langit ketujuh aku ni.

Kami mulakan ekspedisi mencari butik pengantin di sekitar Alor Star. Kami g ke City Plaza, survey butik De Kasih, biasa2 je baju dia tak banyak pilihan. Sesapa yang nak pakej yang murah dan jimat boleh ke butik ni, aku sempat snap pakej yang paling murah, ada gak pakej lain bergantung apa yang ditawarkan. Nak survey sila klik link ni http://ratumempelai.blogspot.com

Pakej Nikah
Mula dari Pakej 1 (ada pakej lain lagi)

Nexttt.....Ke Mergong pula, masuk Tesco ada satu booth dari Butik Ratu Mempelai..ok gak pelamin cantik, baju just ok, mekap pun ok. Butik betulnya kat Komplek Pekan Rabu. Nak lihat lagi http://ratumempelai.blogspot.com/

Cantik juga kan...
Area situ gak ada satu lagi butik SyamSyais Wedding Planner sangat awesome ada kelas butiknya, ownernya  Paksu sangat ramah dengan customer, boleh bicang apa yang korang inginkan. Dia suggest aku pelamin dan baju yang sesuai...Cantik2 juga, baju butik ni banyak gunakan material chiffon& satin. Gambar2 dari blog syamsyais WP link  http://syamsyaisas.blogspot.com


Pelamin ala-ala kristal


Dah dapat maklumat semua kami ke Jitra pula (memang dalam target pun) ke Butik Romzy Studio masa ni owner belum tukar lagi sekarang nama baru Love Studio. Ownernya panggil Paksu juga. Mula melangkah ke butik tu..wahhhh banyaknya bajuu..cantiknya..cantiknya...banyak sangat pilihan, kalau merah satu sudut baju color merah je..sudut lain biru, lain pulak purple, hijau, kuning, pink...mata pun berpinau2 rambang tengok mana satu nak pilih ni... Teruja siot...tapi buat muka maintain nanti mak cakap ngada2 pula kihkih... Terus aku book pakej RM3000. LS qoute kat aku:
  • Baju 3 pasang
  • Makeup 2x 
  • Pelamin
  • Bilik Tidur
  • Pintu Gerbang
  • Inai Tangan
  • Meja kek
  • Payung
  • HB fresh flower
 Boleh tengok lagi fb link http://www.facebook.com/paksu.huhu

Cantik pelamin love shape...fall in love with Love Studio

No comments:

Post a Comment