Sebenarnya tak ada perancangan pun nak kahwin tahun ni. Keputusan ni nak kahwin dibuat lepas mak bagitahu adik lelaki aku (fazli) nak kahwin hujung tahun depan (masa mak call tu dalam bulan disember 2011). Dengan selambenya mak mencadangkan aku pun kahwin sekali pada bulan Nov 2012. Mak nak kahwinkan anak mak dua-dua sekali. Aku excited juga lah dah lama tunggu beb huhu.. (gatainye...) bukan yang tu lah!...aku pikir ok juga lebih jimat kalau buat dua sekali tapi apa-apa keputusan kena bincang dgn en.abg dulu.
Masa nak tanya tu berdebar-debar gak lah mana tau dia tak mau lagi (ye ke? :p), nak tunggu tahun depan lagi ke, atau tak nak kahwin sekali dengan adik aku ke..Aku pun bla..bla..bla..jimatlah, senanglah, meriahlah, tak segan sangatlah dan macam2 lah...en.abg pun setuju...Yessss! akhirnya kami sepakat kahwin tahun ni...
Dah setuju dan jadi nak kahwin..aku pun beranilah ajak en.abg ikut aku balik kampung jumpa mak & family kat aloq staq. Mak nak sangat tengok bakal menantu dia...Mulanya en.abg macam tak mau je...segan kot (aku rasa lah tapi act. dia jenis relex je...seperti biasa...muka macam tak de perasaan).
Pada mulanya aku ingat tak jadi balik, dekat pukul dua en.abg cakap jadi pulak...so apalagas aku pun pack barang nak balik kampung. Nasib baik hari sabtu (21 januari 2012), isnin dan selasa cuti CNY pulak, so aku boleh cuti rehat satu hari lepas balik dari kampung nanti. Alia sangat2 excited..."bila nak balik kampung...bila nak balik kampung"..nak jumpa tok Che Dah, kakak, abg. shamir...ayat tu je kat mulut dia...Kami memulakan perjalanan petang tu dengan hati berbunga2, en.abg yang drive....Sampai je persimpangan Rawang...perghhhh jemmm sejemm jemmnye...CNY...cina nak raya. Walawei... mcm semut, kadang2 tak gerak langsung. Pukul berapa nak sampai kalau macam ni. Dah 3 jam baru sampai Slim River...ikutnya 3 jam dah lepas Ipoh. Lepas tu perjalanan clear sikit. Kami sampai Alor Star lebih kurang pukul 11 malam. Sampai je aku pun perkenalkan en.abg pada mak...hehe sukanya that moment...Tak de bual panjang sebab masing2 dah letih dan ngantuk. Esok jelah nak interview bakal menantu mak tu.
Pagi esok mak jamu kami nasi lemak, masa breakfast tu sempatlah kami bincang2 dan en.abg pun kenal2 dengan mak. Petang tu aku kenalkan pula kakak sulung dan abg ipar lepas dorang balik keje. Cuma yang tak ada adik lelaki aku 3 orang lagi. Dorang tak cuti cuma aku sorang yang balik. Takpe yang penting mak dah kenal..kan...en.abg pun tersenyum
Yesss..dah boleh kahwin...hehehehe
No comments:
Post a Comment