Showing posts with label Design. Show all posts
Showing posts with label Design. Show all posts

Monday, 29 October 2012

1st b2b customer

TQ Tag ni ditempah oleh kawan blogger b2b juga, kenal pun melalui blog ni. Terima kasih kerana mempercayai nona untuk design thxtag for ur wedding..tq we :) Selalunya customer hanya kawan yang mengenali nona dan kawan2 ofis sahaja. Tak sangka pula my new fren ni memberi kepercayaan kepada nona untuk design..tq Harap we berpuas hati.. and its really cute and sweet!..kan! hehe. pasan plk i ni. Selain tu ada few customer yang menempah kad kahwin, masing2 nak design & concepts macam wedding card nona. Ok tak pe boleh je, kahwin tempat lain2 kan cuma nona ubah color dan motif ikut tema majlis...

Tempahan TQ TAG 100pcs dari b2b blogger

Tema turquoise

Tema yellow

Monday, 16 July 2012

Baby Shoe..cutenye...

Baby shoe yang cute giler ni untuk anak saudara en.abg sempena majlis cukur jambul hari sabtu lepas. Kasut ni aku beli online di blog ni http://mushroomonstershoe.blogspot.com/ . Sangat comel baby crochet booties kt blog ni. Baby girl, so mestilah pink, mula2 pilih turqois tapi dah sold out, so soft pink ni yang jadi pilihan, ada juga bright color, tapi tak minat, suka pastel color sesuai dengan baby. Bila dah bank-in dekat owner blog Nurli (suara mcm kanak2 cute mcm baby shoe jg..hehe) esok dah dapat courier poslaju. Baby shoe include box tapi sayang kemek2 box tu, tau je lah bila pos ni main campak2 je kan. So tak leh harapkan dapat kotak yang cantik macam baru beli kt kedai. Tak kan nak kasi orang kotak yang dah tak berapa cantikkan, mula nak cari kotak lain tak adalah pula. Nak buat box tu semula memang tak jadi masalah tapi cari2 kt ofis tak jumpa pulak artcard. Sebelum pindah ofis banyak, tah mana pulak peginya. Aku pun design sendiri wrapper dan tag untuk baby Adriana Batrisyia. Tapi sayangnya lupa nak amik gambar bila dah siap wrapping.

source: mushroommonstershoe.blogspot code no:MM09
dari lensa hp :p....lagi cute bila dah add tag
Design: warpper special for baby Adriana

Design: Tag for Adriana shoe

Goodies for Kidz...

Masa beli barang dapur kt Mydin terjumpa lah paper bag ni yang selalu digunakan untuk bungkus goreng pisang. Mula2 tak ada dalam perancangan pun nak guna paper bag ni, tapi tiba2 datang pula idea nak buat goodies untuk kanak2 plk. Tulah kalau jalan2 ada je la idea yang datang. Ok juga bukan mahal mana pun 1 paket ada 100pcs harga RM3.60 je...pa lagi grab lah 2 paket. Tak nak buat banyak pun goodies ni, cukup lah dalam 200 pcs je. Just simple deco..letak my own label TQ Tag. Tak pasti lagi nak letak apa dalamnya, belum survey barang goodies lagi, myb snack, lollipop..etc..Simple dan yang paling penting jimat!


Design label paperbag polkadot & pink monogram, design yang sama untuk MYpostcard

Label untuk goodies bag


Thursday, 5 July 2012

Design Doa Card

Projek design aku kali ni buat kad doa untuk majlis cukur jambul untuk anak bakal adik ipar. Katanya nak yang simple untuk digantung pada kereta atau boleh juga dijadikan bookmark atau apa saja. Kad doa saiz name card biasa, lebih kurang 70 x 100mm, depan Ayat Kursi dan belakang Doa Menaiki Kenderaan. 1st design aku rasa kurang skit sebab tulisannya tak berapa jelas, cari ayat kursi dan doa dalam internet, tukar tulisan dari putih kpd hitam bagi jelas dan mudah dibaca. Last skali tukar design je lah, tambah element kanak2 skit. 2nd design aku buat dalam 4 design, finally semuanya dia pilih nak design campur2...

1st design
Siap print & laminated, boleh letak manik berangkai untuk digantung

Thursday, 31 May 2012

Sticker jar & favors

Ni nak tunjuk aku yang design tau...tak mo copy mana2..idea sendiri kalau kurang idea google je jangan tiru sejibik2 nanti kena gedebik...Aku design sticker nak letak kt doorgift nanti...Aku tak print atas sticker paper atau hantar buat sticker dan die cut, kos juga tu. Aku beli glossy paper, print dan potong jek pastu tampal...senang tapi penat skit le...jimat punya pasal..

layout dalam illustrator
design,print,potong dan lekat sendiri je
Doorgift aku nak bagi yang macam ni, pic google

spice jar macam kat ikea
 Nanti dah siap macam ni lah...taraa...nanti just letak riben je. Spice jar ni aku dah survey banyak tempat, rata2 RM1.20 paling murah, online lagi le mahal. Ingat dah tak jadi nak bagi spice jar ni, masa g beli barang untuk hantaran aku singgah di sayang you di grd floor, Semua House, nampak spice jar ni tengah offer RM0.80 je...wahhhhh pejam celik mata mcm tak caye je. Rupanya tokei tu import terus dari china dan tak menerusi pemborong, sebab tu dapat harga murah....yess alhamdulillah rezeki aku. Aku terus booking untuk 500 pcs.


Design TQ cards & labels

Senang dan jimat design sendiri...boleh ubah2 dan tukar design dan color sampai puas hati. Bagi yang kurang mahir menggunakan software illustrator, photoshop pun boleh membuat kad sendiri, yang penting nak tak nak je + malas...Aku guna adobe illustrator CS5, photoshop CS5 dan InDesign CS5, saiz 5"x5" Matte Art Card 160gsm. Design simple2 je untuk en.abg sekali...

Final design: just me & en.abg (my theme color)


 Dah siap print dan potong adik aku tak jadi plk...membazir betul. Sib bek baru 100 pcs je...

Tq card en.abg
Design label untuk hias pada tuala kecil gift untuk guest en.abg, sama design dengan tq card