Showing posts with label Agro. Show all posts
Showing posts with label Agro. Show all posts

Thursday, 19 July 2012

Masak2 asas daun bawang

Masakan yang simple malam tadi berasaskan daun bawang hasil daripada daun bawang organik yang ditanam tempohari. Daunnya agak kecil sikit tapi rasanya tetap sama. Seronok sangat petik dari pokok dan terus ke kuali. Lihatlah hasilnya...yummy!

Daun bawang yang ditanam

Sedia untuk dimasak

Sebagai bahan hiasan dalam sup

Ikan talapia goreng cili bersama daun bawang...wangi dan menaikkan selera anda :)
RESEPI : IKAN TALAPIA GORENG CILI

Bahan2
2 ekor Ikan Talapia Merah
1 biji cili merah *
6-8 biji cili padi (hijau) *
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sedikit halia *
(* dikisar)
1 sudu makan cuka
Garam & gula secukupnya
Minyak
5 tangkai Daun Bawang (simpan skit utk hiasan)
1 ulas Bawang Besar dipotong bulat

Cara2
1. Goreng ikan hingga garing, ketepikan.
2. Minyak goreng ikan tadi gunakan untuk menumis bahan yang dikisar.
3. Tumis bahan kisar tadi hingga naik minyak.
4. Masukkan cuka, gula dan garam .
5. Masukkan bawang besar.
6. Tutup api, akhir sekali masuk daun bawang dan kacau.
7. Tuang atas ikan tadi dan hias dengan daun bawang.

Ringkas dan mudah kan! Selamat mencuba... :)




Wednesday, 18 July 2012

Daun Bawang Organik

Tanam sendiri daun bawang! Mudah je...Secara tidak langsung anda dapat sayuran organik, tak payah baja, mudah disemai dan tak perlu penjagaan yang rapi. Hanya perlu bawang merah dan disemai menggunakan tanah campur. Bekas tanaman aku gunakan akuarium kecil yang dah lama tak guna sebab dulu gila bela ikan. Bila semua ikan kesayangan dah mati aku dah malas nak bela lagi. Bekas tu aku letak tanah campur yang dibeli lebihan masa tanam pokok bunga. Aku cucuk bawang dalam tanah dah siram skit. Dalam tempoh 1 minggu anda akan lihat bawang akan bercambah. Dalam 10 hari anda akan lihat daun bawang mulai banyak. Daun bawang boleh dituai 3 kali sebelum daunnya kering.



Selepas 10 hari dah boleh makan..