Tuesday 24 July 2012

Cara2 buat Kuih Tepung Bungkus

Amboiii rajin pulak aku ni ke dapur. Teringin pulak nak makan tepung bungkus, macam ngidam pulak. Haiii lambat lagi :p Nak cuba buat lah kalau jadi nak bagi en.abg rasa, ye lah bakal bini dia rajin masak sekarang ni... hehe kalau tak jadi aku makan sorang2 tak pun aku bagi semua suruh en.abg habis kan hahaha lagi montel lah abg...Resepi dah lama simpan, aku belek2 dalam peti sejuk tengok bahan2, yesss semua cukup....inti aku dah buat awal2 lagi.. Selesai buat kuih hp aku comot dengan tepung hehehe sebelah tangan menguli sebelah lagi ambil gambar. Ok siap dengan step by step lagi. Orang cakap kuih puteri dua sebilik tapi aku punya puteri solo sebilik hahaha. Setengah orang terus bungkus atau celup je bebola tu dgn tepung tapi aku kukus dulu bebola risau bebola mentah sebab bebola aku buat ni  kecik skit dari bola pingpong hahaha... patut kecik skit boleh lah letak 2 biji. Kalau mak tengok mesti dia kata awat tak buat besar bolasepak ja...senang skali bungkuih ja...

RESEPI: KUIH TEPUNG BUNGKUS


Bahan Inti:
1/2 biji kelapa
4 sb gula pasir
6 sb gula merah
secubit garam
daun pandan
sedikit air





1. Masuk semua bahan dan kacau hingga pekat dan agak kering sedikit airnya.
2. Sejukkan. Bentukkan bulat-bulat.






Bahan bebola Hijau:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
Pewarna hijau/ air daun pandan
secubit garam










1. Masuk semua bahan dan uli hingga menjadi doh.















2. Bulatkan doh kecil-kecil dan leperkan.














3. Masukkan inti. (abaikan tangan yang belemoih tu!)















4. Bulatkan menjadi bebola.















5. Masukkan bebola ke dalam air yang mendidih.















6. Masak hingga bebola terapung dia atas, menandakan ia sudah masak. Macam masak buah melaka.















7. Angkat bebola dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.

Bahan tepung bungkus:
1 cwn tepung beras
1 cwn santan pekat
4 cwn air
1 sk garam
daun pandan










1. Masukkan semua bahan















2. Sentiasa kacau supaya tak bergentel.














3. Kacau hingga menjadi pekat.















4. Guna daun pisang atau boleh juga gunakan bekas acuan untuk membungkus/mengisi kuih.

5. Tak payah susah2 salai daun pisang atas api, masukkan je dalam microwave 1 @ 2 min, dah macam disalai. Mudah dan cepat!








6.  Letak 1 sb. adunan tepung atas daun pisang atau bekas.














7.  Letak bebola dan tutup dengan 1 sb adunan tepung lagi dan bungkus seperti lepat.













8. Lipat macam lepat, tapi aku buat besar & pendek.

9. Kuih tepung bungkus sedia untuk dikukus. Kukus lebih kurang 15 min.













10. Selepas kukus biarkan sejuk. Kuih aku tak dan sejuk sebab tu bersepah je.















11. Keratan bila dipotong...tengok inti gelap, pekat, lemak dan juicy lagi. Tak suka inti nampak pucat dan rasa mcm hampas. Lebihkan gula merah untuk inti yang menyelerakan..emmm lepas dah ngidam nak makan tepung bungkus...Lagi sedap kalau bebola tepung pulut hitam. Dah tak dak chek buh ja pewarna hijau..

No comments:

Post a Comment