Adoiiii tak siap2 lagi, actually aku tak dak mood langsung nak menjahit, tapi baju orang nak kena siapkan juga. Baju aku dh lempar ke tepi dah. baju aku sendiri pun yang dah berbulan2 aku tinggalkan baru jahit kt leher belum tangan lagi, bila nak sambung balik entah....Dengan veil lagi nak tambah2 skit pada baju kahwin nanti. Rasa tak cukup tangan semuanya nak buat. Jubah hijau milik ibu Fuad budak ofis aku gak. Mak dia nak pakai untuk majlis perkahwinan abangnya nanti. Minggu ni mesti kena siapkan juga. Baju kawan aku Ieda pun baru start jahit sib baik weekend lepas mood tu datang balik. Tengah berkobar2 nak siapkan tempahan benang pulak habis...arggghhh tension. Nak guna benang warna yang lebih kurang mcm tak syok pulak, macam kerja cincai je. Isshhh aku tak suka, seni kena halus dan teliti, barulah ada kualiti dan orang tengok hasil kerja kita pun tahu menilai...bagus budak ni, rajin, bermutu gaya keunggulan....eeee tak malu tekan lif sendiri :p
Projek memanik sebenarnya dalam blog aku yang satu lagi NonaDsign4u.blogspot. Saja je aku menempek kerja2 beading kt blog PB ni, sebab nilah antara serba sedikit realiti kehidupan aku seharian kat rumah. Dulu rajin gak curi2 jahit kat ofis tapi cam tak syok lah plk, lagi pun aku malas nak jahit kat ofis sebab sekarang ni aku gila blogging. Dari dulu giler berblog ni tapi tak lah sehebat sekarang...
|
Jubah Hijau mak Fuad 80% hampir siap |
No comments:
Post a Comment