Tuesday, 3 July 2012

Rainbow Cake & Strawberry Tiramisu

Actually resepi ni dah lama aku praktikkan, saja nak tampal kat blog ni untuk berkongsi ilmu dengan kawan2....atas permintaan kawan juga dia pun nak cuba buat strawberry tiramisu ni. Memang sedap sangat dessert ni. Aku juga dah buat dessert ni masa keluarga en.abg datang haritu...Walaupun dah selalu buat dessert ni masih lupa gak nak snap gambar, so kita pinjam gambar strawberry tiramisu ni dari tuan punya blog SecubitGaram...haaa k.yus salin..jgn tak salin...

Strawberry Tiramisu

Sumber dari blog: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/01/strawberry-tiramisu.html

Gambar Sumber : K.Nor@SecubitGaram

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

*(Aku tak letak lemon, tak guna whipped cream (actually xde sama mcm k.nor :)...dua2 aku guna whipping cream je..., gantikan biskut tiramisu dengan vanilla sponge cake @ paling mudah aku guna jer London Roll Strawberry cake....hahaha suka2 je ubah..tapi ok gak dappp!)

Rainbow Cake

Rainbow Cake resepi dari Martha Stewart...huhu agak renyah skit nak layer2 kek tu, kena bakar kek selapis2...memang menguji kesabaran betul....dari pukul 5 petang sampai 12 tgh mlm baru siap kek ni...




Ni lah hasil rainbow cake aku...tapi aku tukar frosting tu dengan butter cream, sebab lagi mudah penyediaannya.

Butter Cream

80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dan kacau hingga rata.

No comments:

Post a Comment