Tuesday 24 July 2012

Film Director!

Baru-baru ni aku menghadiri kursus 'Video Production Techniques'. Kursus 3 hari....waaaa 2 hari pun liat. Tapi untuk tambahkan pengetahuan apa salahnya ringan2kan badan. Tak ringan punnn.. letih kepala otak ada lah (cakap orang malas :p). Bukannya nak kena pegi jauh pun dekat i-Lab ofis aku juga. Apapun kursus ni sangat bagus bermula dari penulisan skrip,  stroryboard, shooting dan editing. Gara-gara kursus ni juga aku telah mendapat gelaran 'Tuan Director' hahaha.. ni gelaran kawan2 ofis bagi bila tengok aku ke hulu ke hilir mengusung kamera video untuk shooting. Dah siap shooting, buat editing plk untuk menghasilkan clip, drama, documentary atau experimental. Aku punya skrip untuk filem ni lebih kepada experimental iaitu memfokuskan kepada objek atau subjek untuk dijadikan sebagai bahan cerita. Memang sakit kepala walaupun cerita untuk 5-10 minit. Bayangkan untuk siapkan sebuah drama atau filem...huuuu. Jom lah tengok ada apa dibelakang tabir...

1st day: buat skrip & storyboard

2nd day: Fungsi, Teknik Kamera

3rd day: kerja2 editing..tgk tu hero citer aku hahaha tq cik syed..sporting!

Sedang menonton clip dari rakan2 kursus, turn aku belum lagi..nervous giler!

No comments:

Post a Comment