Dah balik kampung macam2 kena uruskan, dari fitting baju, cat rumah, survey homestay/guesthouse dan hotel. Tu pun ada juga tak sempat. Petang raya ke-3 ajak mak g survey hotel dan homestay sekitar Alor Setar. Tengok depan PKNK ada homestay rumah double storey tak tau berapa bilik just amik no je tak call pun sebab tengok macam bilik skit je. Pegi ke jalan Lebuhraya Darulaman, area tu banyak bajet hotel. Singgah salah satu hotel situ, ASRC Hotel, aku minta nak tengok recp. bagi kunci untuk tengok bilik. Emmm..macam tak sesuai sangat lah, bau asap rokok pun ada, macam terkepam pun ada sebab dia bagi pun bilik yang orang baru checkout tak sempat kemas lagi. Sebenarnya agak ok tempat ni cuma kena naik tangga skit la. Harga berpatutan, murah bilik biasa RM58 dan bilik besar skit RM100++
tak ingat pulak seratus berapa tapi rasanya tak sampai pun RM110. Mak tak berkenan sangat. Tak sesuai lah sebab kena naik tangga pula sian orang2 tua. Biasa lah hotel bajet takkan bajet 5* kan. Bakal ibu mertua ku sakit kaki, sian dia susah nak naik tangga. Tapi yang bestnya sebelah tu ada swimming pool.
Pastu pegi pulak ke Jalan Stadium, Hotel Sabena betul2 depan stadium Darulaman. Tempat ni agak strategik dekat sangat dengan pusat bandar. Harga ikut musim, kalau musim perayaan cth. hari raya mahal skit dari rate biasa. Bulan 11 harga satu bilik deluxe RM75. Hotel ni baru, agak cantik, kemas. Ada 4 tingkat pun kena naik tangga. Gambar google source:
http://www.malaysiabudgethotels.com
Penat pusing2 hujan pun turun lebat giler, balik rumah sebab ada tetamu nak datang. Call en.abg dia pun tengah survey homestay alr str dalam internet.. Dia suruh g survey homestay Villaria dekat Jln. Dato Kumbar. Abg. ipar aku pun cari gak dia cakap ada satu homestay dekat Jln. Sultanah, agak dekat juga dengan rumah mak. Sewa RM800 satu hari. Takpe apa2 pun malam tu kami p survey dua2 tempat tu. Sape2 yang kenduri dekat Alr Str boleh lah survey homestay dekat sini. Siap promote lagi.
Lepas tengok2 Sham Homestay kami p pula ke Villaria yang en.abg kata tu. Pegi pun malam gambar luar tak berapa jelas sikit. Besar juga rumah ni, boleh muat satu bas panjang dan kalau kete 20 bijik boleh sumbat ni.View kat dalam kemas dan cantik, 7 bilik semua ada bilik air kecuali satu bilik untuk single kena guna bilik air dapur. Bilik tu pun dah tepi dapur. Semua bilik lengkap dengan aircond, tv. Dapur, peti sejuk, dapur, oven, seterika pun disediakan. Ruang legar pun besar. Kalau ramai sangat bolehlah bawa toto tido je kat ruang tamu tu. Agak aku 20 orang pun leh muat ruang tu. Kalau sewa toto/tilam RM20 satu. Bilik dinamakan sempena nama bunga ada kenanga, orkid, lily, mawar (bilik khas untuk pengantin) tu je yang aku ingat. Satu hari sewa RM750 + RM100 (maintainance: dipulangkan waktu checkout) kalau berlaku kerosakan yang tidak dilaporkan dan yang sendiri saja rosakkan. So jaga baik2 macam rumah kita juga. Kena tengok budak2 jangan buas sangat panjat2 sampai patah2 kerusi tu memang korang kena ganti le. Tu sebab dia minta extra caj. RM100. So kalau berlaku paip tersumbat cepat2 contact penjaga villa ni kalau takkk..tak pasal2 kena bayar seratus tu. Mak, kak, abg.ipar dan aku juga amat puashati dengan rumah ni. Aku pun malas nak pk bukan senang nak cari homestay besar dan luas camni. Terus bayar deposit RM250 untuk booking. Family dan rombongan en.abg pun lebih kurang 40-50 orang memang sangat sesuailah rumah ni. Ada beberapa gambar yang sempat aku capture...
|
Rombongan ke villaria homestay |
|
Signboard yang besar depan homestay |
|
Pintu masuk, kena buka kasut bawah tangga tu sebab ada blue carpet sampai ke pintu |
|
View keseluruhan rumah dari luar |
|
Ruang tamu dan ruang legar |
|
Meja Makan tepi tangga, ada lagi meja makan dekat ruang legar |
|
Bilik kenanga, 2 katil queen size. Cantik, luas dan selesa. |
|
Bilik kenanga tingkat bawah. |
|
Bilik air |
|
Dapur |
|
Ruang legar yang sangat luas |
|
Lawatan ke tingkat atas pula |
|
Bilik tingkat atas, besar bilik ni. 2 katil queen size dan 1 single |
|
View dari tangga ke tingkat atas |
Source:
http://alorsetarhomestay.blogspot.com
No comments:
Post a Comment