![]() |
| Selepas 10 hari dah boleh makan.. |
Wednesday, 18 July 2012
Daun Bawang Organik
Tanam sendiri daun bawang! Mudah je...Secara tidak langsung anda dapat sayuran organik, tak payah baja, mudah disemai dan tak perlu penjagaan yang rapi. Hanya perlu bawang merah dan disemai menggunakan tanah campur. Bekas tanaman aku gunakan akuarium kecil yang dah lama tak guna sebab dulu gila bela ikan. Bila semua ikan kesayangan dah mati aku dah malas nak bela lagi. Bekas tu aku letak tanah campur yang dibeli lebihan masa tanam pokok bunga. Aku cucuk bawang dalam tanah dah siram skit. Dalam tempoh 1 minggu anda akan lihat bawang akan bercambah. Dalam 10 hari anda akan lihat daun bawang mulai banyak. Daun bawang boleh dituai 3 kali sebelum daunnya kering.
Beading Project: Jubah GreenGrass
Projek menjahit manik untuk jubah mak fuad dah settle. Moga mak pengantin berseri-seri macam pengantin juga. Mak pengantin pun kena vogue juga. Mari kita tengok finishing nya...Nak tengok lebih lagi klik my beading blog http://nonadsign4u.blogspot.com/
Monday, 16 July 2012
Beli kain lagi..
Kali ni memborong kain untuk raya my sis dan anak sedara...opss dia yang pesan bukan sesaje je nak melenggang ke jakel tu. Huuuu tempat tu berpuaka hahaha sekali masuk pasti terjerat, bkn tak keluar langsung, keluar bila poket dh nipis...bak kata en abg.."hati2 nanti kena bon..." hahaha tau2 je dia trademark jakel :p. Tapi yang selalu kena bon kak yus,dalam dok hati2 kena juga...Hari tu aku g sorang je dia tak dapat temankan. Merayau2 lah aku sorang2 cari kain chiffon dusty pink seperti yang dipesan. Ok dah jumpa nasib baik ada warna tu, beli 2 pasang dan lining. Sementara nak bayar pusing2 jap nak cuci mata. Mata tak berani tengok mana tau takut tergoda...tapi rupanya2 tersangkut juga pada 'sidia' yang menggoda mata...ciss tu dalam perjalanan nak balik tu, konon2 nak tengok2 je, tergoda pulak dengan lambaian selembut sutera, cantik dimata tak sedap dihati kalau tak didekati...argghh kau bikin aku gila, aku mesti dapatkan kau..."errr...kain ni bagi diskaun dapat berapa?... dengan manis dan ramah mesranya salesgirl tu pun berkata.."saya tanya boss ye, kain ni memang untuk sepasang je 4.5m, saya tolong akak cari liningnya"..wahh laju je tanpa aku cakap apa2..Aku nak tengok je, tapi bagaikan dipukau aku pun ikut jer walhal hati dah berkenan (boleh buat kain hantaran ni)....hehe kena bon ke?
Bukan Kasut Cinderella p.2
Hahahah...macam movie pulak yer part 1, part 2, actually diy kasut yang lepas. Dulu cuma tambah brooch je kan, so kali ni cuba pula tambah 3D fabric flower.
![]() |
| 3D Fabric Flower |
Baby Shoe..cutenye...
Baby shoe yang cute giler ni untuk anak saudara en.abg sempena majlis cukur jambul hari sabtu lepas. Kasut ni aku beli online di blog ni http://mushroomonstershoe.blogspot.com/ . Sangat comel baby crochet booties kt blog ni. Baby girl, so mestilah pink, mula2 pilih turqois tapi dah sold out, so soft pink ni yang jadi pilihan, ada juga bright color, tapi tak minat, suka pastel color sesuai dengan baby. Bila dah bank-in dekat owner blog Nurli (suara mcm kanak2 cute mcm baby shoe jg..hehe) esok dah dapat courier poslaju. Baby shoe include box tapi sayang kemek2 box tu, tau je lah bila pos ni main campak2 je kan. So tak leh harapkan dapat kotak yang cantik macam baru beli kt kedai. Tak kan nak kasi orang kotak yang dah tak berapa cantikkan, mula nak cari kotak lain tak adalah pula. Nak buat box tu semula memang tak jadi masalah tapi cari2 kt ofis tak jumpa pulak artcard. Sebelum pindah ofis banyak, tah mana pulak peginya. Aku pun design sendiri wrapper dan tag untuk baby Adriana Batrisyia. Tapi sayangnya lupa nak amik gambar bila dah siap wrapping.
![]() | |
| source: mushroommonstershoe.blogspot code no:MM09 |
![]() |
| dari lensa hp :p....lagi cute bila dah add tag |
![]() |
| Design: warpper special for baby Adriana |
![]() |
| Design: Tag for Adriana shoe |
Goodies for Kidz...
Masa beli barang dapur kt Mydin terjumpa lah paper bag ni yang selalu digunakan untuk bungkus goreng pisang. Mula2 tak ada dalam perancangan pun nak guna paper bag ni, tapi tiba2 datang pula idea nak buat goodies untuk kanak2 plk. Tulah kalau jalan2 ada je la idea yang datang. Ok juga bukan mahal mana pun 1 paket ada 100pcs harga RM3.60 je...pa lagi grab lah 2 paket. Tak nak buat banyak pun goodies ni, cukup lah dalam 200 pcs je. Just simple deco..letak my own label TQ Tag. Tak pasti lagi nak letak apa dalamnya, belum survey barang goodies lagi, myb snack, lollipop..etc..Simple dan yang paling penting jimat!
![]() |
| Design label paperbag polkadot & pink monogram, design yang sama untuk MYpostcard |
![]() |
| Label untuk goodies bag |
Monday, 9 July 2012
Veil tak sama color!
Ni pun salah satu buat aku stress...macam mana boleh tak sama color! Memang lah aku pun satu masa g cari kain dulu tak bawa contoh baju sekali, main redah je. Konon ingat sangat color dalam kepala otak, tapi memang ingat pun cuma confius. Masa beli kain di Gulatis SACC Mall haritu memang aku kompom giler memang kain tu sama color. Belek punya belek ada 2...3 kain chiffon yang lebih kurang sama color. Lampu pun kuning2 lagilah buat aku confius. Bila dah rasa kompom aku terus je suruh potong kain tu. Harga semeter RM48 per meter, dia kasi aku RM45 je...kurang tiga hengget jerrr...sib bek veil cuma perlu 1.5m je tu pun dah RM67.50 huhu macam beli kain sepasang. Bila bawa balik je tiba2 kain tu bertukar color.....waaaaa tak sama pun dengan baju, rasa nak nangis. Dah terbeli nak buat mcm mana lagi...teruskan sajalah. Semuanya salah lampu tu...lampu tipu...lampu tipu...mata pun tertipu. Lampu tu yang salah bukan aku yang salah kan! :p Bila difikirkan balik rugi rasanya membazir duit. Salah aku juga tak bawa baju contoh. Cantik memang lah cantik cuma kontra skit la. Nak tak nak pakai juga kot..lagipun veil tu nak pakai malam, rasanya tak ketara sangat kot, bolehlah...hentam je lah labu...emmm nak pakai ke tak?..nak pakai ke tak?
![]() |
| Baru start jahit manik nak matchkn dgn baju |
![]() |
| Tak sama kan!!! :( tak match pun... |
Projek Memanik
Adoiiii tak siap2 lagi, actually aku tak dak mood langsung nak menjahit, tapi baju orang nak kena siapkan juga. Baju aku dh lempar ke tepi dah. baju aku sendiri pun yang dah berbulan2 aku tinggalkan baru jahit kt leher belum tangan lagi, bila nak sambung balik entah....Dengan veil lagi nak tambah2 skit pada baju kahwin nanti. Rasa tak cukup tangan semuanya nak buat. Jubah hijau milik ibu Fuad budak ofis aku gak. Mak dia nak pakai untuk majlis perkahwinan abangnya nanti. Minggu ni mesti kena siapkan juga. Baju kawan aku Ieda pun baru start jahit sib baik weekend lepas mood tu datang balik. Tengah berkobar2 nak siapkan tempahan benang pulak habis...arggghhh tension. Nak guna benang warna yang lebih kurang mcm tak syok pulak, macam kerja cincai je. Isshhh aku tak suka, seni kena halus dan teliti, barulah ada kualiti dan orang tengok hasil kerja kita pun tahu menilai...bagus budak ni, rajin, bermutu gaya keunggulan....eeee tak malu tekan lif sendiri :p
Projek memanik sebenarnya dalam blog aku yang satu lagi NonaDsign4u.blogspot. Saja je aku menempek kerja2 beading kt blog PB ni, sebab nilah antara serba sedikit realiti kehidupan aku seharian kat rumah. Dulu rajin gak curi2 jahit kat ofis tapi cam tak syok lah plk, lagi pun aku malas nak jahit kat ofis sebab sekarang ni aku gila blogging. Dari dulu giler berblog ni tapi tak lah sehebat sekarang...
Projek memanik sebenarnya dalam blog aku yang satu lagi NonaDsign4u.blogspot. Saja je aku menempek kerja2 beading kt blog PB ni, sebab nilah antara serba sedikit realiti kehidupan aku seharian kat rumah. Dulu rajin gak curi2 jahit kat ofis tapi cam tak syok lah plk, lagi pun aku malas nak jahit kat ofis sebab sekarang ni aku gila blogging. Dari dulu giler berblog ni tapi tak lah sehebat sekarang...
![]() |
| Jubah Hijau mak Fuad 80% hampir siap |
Cincin Tanda...
Dah 3 bulan baru nak tunjuk cincin tanda, sebenarnya tak sempat nak amik gambar atau lupa sebenarnya :) Hari minggu lepas aku pun setting backdrop nak capture gambar bagi cantik skit la...ala guna hp je nak cantik mana pun. Masuk iphoto edit skit2 lagipun lagi mudah guna iphoto untuk edit pic yang simple2 je, malas nak masuk photoshop. Alang2 amik gambar cincin aku pun capture sekali dengan barang2 hantaran aku nanti. Tak pe nak tunjuk gak tak rugi apa pun sebab aku lom gubah lagi, nanti dah siap gubah hantaran aku tunjuklah lagi. Gila exposed... :p
Thursday, 5 July 2012
Design Doa Card
Projek design aku kali ni buat kad doa untuk majlis cukur jambul untuk anak bakal adik ipar. Katanya nak yang simple untuk digantung pada kereta atau boleh juga dijadikan bookmark atau apa saja. Kad doa saiz name card biasa, lebih kurang 70 x 100mm, depan Ayat Kursi dan belakang Doa Menaiki Kenderaan. 1st design aku rasa kurang skit sebab tulisannya tak berapa jelas, cari ayat kursi dan doa dalam internet, tukar tulisan dari putih kpd hitam bagi jelas dan mudah dibaca. Last skali tukar design je lah, tambah element kanak2 skit. 2nd design aku buat dalam 4 design, finally semuanya dia pilih nak design campur2...
![]() |
| 1st design |
![]() |
| Siap print & laminated, boleh letak manik berangkai untuk digantung |
Wednesday, 4 July 2012
Gigi ngilu & sensitif
Ehhh...betul laaaa, mcm tak caya pun ada, memang berkesan. Ingat iklan semua tipu guna adv. segala mcm semata2 nak tarik pengguna atau pembeli beli produk mereka. Tak pun gigi aku ni memang dh koman hahaha...Ngilu sesgt gigi geraham ni, nak cabut sayang plk, jadi lah tukun. Dulu nak mkn benda panas ngilu ya rabbi sampai tak boleh nak kunyah. Sejuk apa lagi, nk kumur2 lepas berus gg pun huuuu 'seqeyau'...Mula2 tengok iklan ubat gigi ni, ada testimoni, mula tak caya..betul boleh ke? lama2 dah tak tahan makan pun rasa tak best...aku pun p Guardian beli lah Sensodyne Rapid Relief ni.....100% berkesan..sukeee dh boleh makan dengan senang hati...tq Sensodyne.....bajet masuk iklan....hahaha
Tuesday, 3 July 2012
Rainbow Cake & Strawberry Tiramisu
Actually resepi ni dah lama aku praktikkan, saja nak tampal kat blog ni untuk berkongsi ilmu dengan kawan2....atas permintaan kawan juga dia pun nak cuba buat strawberry tiramisu ni. Memang sedap sangat dessert ni. Aku juga dah buat dessert ni masa keluarga en.abg datang haritu...Walaupun dah selalu buat dessert ni masih lupa gak nak snap gambar, so kita pinjam gambar strawberry tiramisu ni dari tuan punya blog SecubitGaram...haaa k.yus salin..jgn tak salin...
STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
*(Aku tak letak lemon, tak guna whipped cream (actually xde sama mcm k.nor :)...dua2 aku guna whipping cream je..., gantikan biskut tiramisu dengan vanilla sponge cake @ paling mudah aku guna jer London Roll Strawberry cake....hahaha suka2 je ubah..tapi ok gak dappp!)
Strawberry Tiramisu
Sumber dari blog: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/01/strawberry-tiramisu.html![]() |
| Gambar Sumber : K.Nor@SecubitGaram |
STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.
Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.
Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup
*(Aku tak letak lemon, tak guna whipped cream (actually xde sama mcm k.nor :)...dua2 aku guna whipping cream je..., gantikan biskut tiramisu dengan vanilla sponge cake @ paling mudah aku guna jer London Roll Strawberry cake....hahaha suka2 je ubah..tapi ok gak dappp!)
Rainbow Cake
Rainbow Cake resepi dari Martha Stewart...huhu agak renyah
skit nak layer2 kek tu, kena bakar kek selapis2...memang menguji
kesabaran betul....dari pukul 5 petang sampai 12 tgh mlm baru siap kek
ni...
Ni lah hasil rainbow cake aku...tapi aku tukar frosting tu dengan butter cream, sebab lagi mudah penyediaannya.
Butter Cream
80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dan kacau hingga rata.
200 gm krimwell
350 gm golden syrup
Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dan kacau hingga rata.
DIY Doorgift Surah Yasin
Hari nikah nanti mak nak adakah majlis bacaan yasin dan marhaban, so apa kata aku sediakan sedikit cenderahati untuk orang2 masjid dan juga untuk keluarga lelaki...moga niat pemberian ikhlas nanti akan mendapat keberkatan dariNya...moga majlis kami berjalan lancar dan diredhai Allah SWT....Aminnn
Dengan bakat yang dianugerahkan, alhamdulillah...aku mula buat research apa yang sesuai untuk majlis pernikahan nanti. Google...google...then timbul idea bila tengok ramai yang memberi surah yasin atau tasbih untuk majlis nikah...ok gak!...Mula la kepala ni ligat search sana search sini....dapatlah idea. Surah yasin yang terdapat di pasaran harga paling murah RM0.90 hingga RM2.90, lebih pun ada tapi besarlah plk. Aku nak yang comel2 je, pocket sizes..design cover lain ikut tema. Isi kandungan tetap guna yang asal cuma cover je aku tukar.
Dengan bakat yang dianugerahkan, alhamdulillah...aku mula buat research apa yang sesuai untuk majlis pernikahan nanti. Google...google...then timbul idea bila tengok ramai yang memberi surah yasin atau tasbih untuk majlis nikah...ok gak!...Mula la kepala ni ligat search sana search sini....dapatlah idea. Surah yasin yang terdapat di pasaran harga paling murah RM0.90 hingga RM2.90, lebih pun ada tapi besarlah plk. Aku nak yang comel2 je, pocket sizes..design cover lain ikut tema. Isi kandungan tetap guna yang asal cuma cover je aku tukar.
Friday, 29 June 2012
DIY Favor Box
Benda yang buat aku suka sangat bila jumpa sesuatu yang menarik dan praktikal. Do it yourself ur own favor box, packaging yang sangat menarik, dah sediakan template, print, potong, bentukkan kotak, bunyi senang tapi remeh gak la...kalau org lain biasanya beli je lah, byk choice kt luar...tapi tak rasa teruja ke nak buat sendiri....errr sikit leh la...kalau 100 ke atas bengkok jari ko....ala suka2 jer, aku gemar keje2 kraf ni...nak cuba juga. Love free templates..tq :). Inspired me http://www.stylemepretty.com
DIY Favor Packaging
| Favor packaging by StyleMePretty |
Free Templates:
1. Pink Polkadot click here
2. Yellow Stripes click here
3. Pink Flowers click here
4. Yellow Waves click here
Di bawah contoh kotak yang aku buat dan design sendiri, lepas design dalam Illustrator, layout yang dh design letak je atas template tu, automatik layout kita ikut template box ...amat senang sekali...![]() |
| Before Original Template |
![]() |
| After create my design...just add pink/brown stripes, white lace and event monogram |
![]() |
| Left: Original from template Right: my favor box |
![]() |
| My own favor box : Tasbih majlis pernikahan nanti.. :) |
DIY Candy Poppers
Ada lagi idea doorgift yang boleh menjadi inspirasi untuk majlis kita...jom kongsi bersama. Rasa terujanya nak mulakan projek DIY ni. Nampak sangat mudah dan menarik, warna pun sweet... Blog inspirasiku http://www.stylemepretty.com
DIY Candy Poppers by Posh Paperie+Jackie Wonders
Subscribe to:
Posts (Atom)










































