Friday 29 June 2012

DIY Favor Box

Benda yang buat aku suka sangat bila jumpa sesuatu yang menarik dan praktikal. Do it yourself ur own favor box, packaging yang sangat menarik,  dah sediakan template, print, potong, bentukkan kotak, bunyi senang tapi remeh gak la...kalau org lain biasanya beli je lah, byk choice kt luar...tapi tak rasa teruja ke nak buat sendiri....errr sikit leh la...kalau 100 ke atas bengkok jari ko....ala suka2 jer, aku gemar keje2 kraf ni...nak cuba juga. Love free templates..tq :). Inspired me http://www.stylemepretty.com

DIY Favor Packaging 

Favor packaging by StyleMePretty

 Free Templates:

1. Pink Polkadot click  here

2. Yellow Stripes click  here

3. Pink Flowers click  here

4. Yellow Waves click here

Di bawah contoh kotak yang aku buat dan design sendiri, lepas design dalam Illustrator, layout yang dh design letak je atas template tu, automatik layout kita ikut template box ...amat senang sekali...

Before Original Template

After create my design...just add pink/brown stripes, white lace and event monogram

Left: Original from template      Right: my favor box


My own favor box : Tasbih majlis pernikahan nanti.. :)

DIY Candy Poppers

Ada lagi idea doorgift yang boleh menjadi inspirasi untuk majlis kita...jom kongsi bersama. Rasa terujanya nak mulakan projek DIY ni. Nampak sangat mudah dan menarik, warna pun sweet... Blog inspirasiku http://www.stylemepretty.com
  

DIY Candy Poppers by Posh Paperie+Jackie Wonders








 

DIY Butterfly Rice Tosser

Masih mencari idea untuk doorgift? Seronok dan puas hati kalau dapat buat sendiri, lebih2 lagi untuk hari bersejarah anda. Buat sahaja sesuai untuk majlis perkahwinan tetapi juga untuk majlis pertunangan, Aqiqah dan cukur jambul dll. Beberapa contoh untuk doorgift untuk dikongsi bersama...lihat di sini, ideanya sangat menarik.... love.. Style Me Pretty.
Inspired here http://www.stylemepretty.com/

DIY Butterfly Rice Tosser by Posh Paperie+Jackie Wonders


 

Thursday 28 June 2012

To do Lists!

Mudah lupa? Atau saja2 buat tak ingat....banyak benda yang nak dibuat tapi tak tahu nak mulakan yang mana dulu...so ikut lah cara saya, anda boleh copypaste "TO DO LISTS"   di bawah dan tuliskan perkara2 penting yang anda nak buat atau sedang buat atau dah buat...senang kan!

My TO DO LISTS: senarai perkara penting
 Jom copy...moga tugas2 anda akan menjadi lebih mudah & cepat!


Love renee rodriguez designs, she is so fabulous and ohh i love her illustrations...

Tuesday 26 June 2012

Makeup Artist

Satu lagi bab nak cari makeup pengantin...rasa lega sikit dah amik pakej yang termasuk dengan makeup, sebelah alor setar...beresss...2x makeup, nikah dan sanding di Love Studio. Cuma sebelah N9 je sebab aku tak amik pakej apa pun, sama da pelamin, bilik, meja beradap pun tak cari lagi, tak tau le nak cari sendiri atau nak serah pada family dia. Baju dah ada, pelamin nanti lah cari...susah lah nak g sampai Rembau, tak ada masa free lagi...

Apa pun makeup untuk sebelah N9 aku dah booking dari awal tahun lagi, book awal2, sebab dah tanya kebanyakan makeup artist dah fully book. Nasib aku baik sangat2 sebab salah satu makeup artist ni masih free tarikh tu....huhuu legaaa bukan senang nak cari makeup artist yang makeup nya melotupp kebabommm.... Memang lain lah perubahan dari sebelum dan selepas dia makeup, siap nampak macam artis ko....agaknya aku nanti macam artis mana ye? hahahahaha perasannnn gilerrr...Ye aku dah book dengan Gee Cantik Makeup Artist...kelasss u...



macam izara kan!

Sebelum tu ada juga yang aku survey tapi dah full, tapi nak bagi info jurusolek yang aku dah survey yang aku rasa cantik sentuhan makeupnya, salah satunya Lya L'Touch anak didik Gee Cantik juga tapi dah fully book, tapi aku bila aku try contact gee, tarikh tu masih lagi free...lagi hepi sebab aku dapat magical touch dari tok guru nya, tak pe berkat kesabaran pasti berbaloi...kalau nak survey leh tengok2 di sini http://ltouch.blogspot.com/ 

cantik kan!

Atau cuba yang lain:

1.  http://emmapesona.com/web/ (mula2 memang berkenan sangat nak emmapesona, tapi servis dia cuma disekitar lembah klang sahaja.... :(

my friend, makeup by emmapesona...gorgeous!

2. http://kelrina.blogspot.com/
3. http://adiethemakeupartist.blogspot.com

Kalau rasa last minute tak ada sangat makeup artist korang suruh lah kengkawan yang pandai makeup atau susah2 sangat makeup je sendiri. Sekarang ni bukan bisnes je dihujung jari tapi makeup pun guna hujung jari...betoiii laaa hehe...Apa kata tengok tutorial di YouTube macam2 pesen makeup nak smokey eyes ke nak makeup mcm kim kardashian, nak apa je mcm2 teknik ada, cuma terer ngn tak je le....atau jengah2 blog atau surf website tentang makeup tutorial ni, segala mak nenek ado...contohnya kat sini yang aku sempat jengah http://www.makeupgeek.com

Monday 18 June 2012

Saiz Kasut...

Pening nak tahu saiz kasut? Senang kalau saiz kasut kita macam vincci saiz 5 ke, 6 ke...tapi Kadang-kadang kita lupa kalau saiz kasut ikut standard negara tertentu kan...sini ada rujukan untuk yang cepat lupa...Sumber http://www.christyng.com


Bagaimana nak ukur saiz? Bagi yang tapak kaki saiz minah salleh boleh cuba cara di bawah. Ikut je step tu...




Friday 15 June 2012

Taman bunga???

Rasa nak kongsi dengan semua tempat2 jual barang2 vintage dan artificial flower yang aku survey. Bolehlah survey barang2 untuk doorgift. Sekali pandang dah macam taman bunga. Banyak ko...macam2 jenis. Saje je singgah di Alam Sentral sebab g Nagoya beli lace untuk projek beading NonaDsign. Kedai ni nama Romantika tingkat paling atas Alam Sentral, Shah Alam tingkat 5 kot...

Sebelah kiri barang2 hiasan
Sebelah kanan hiasan bunga artificial, mcm taman


Budak sekolah ni pun teruja...Alia asyik belek bunga

Studio baru...

Entry lepas dah publish workstation aku sebelum ofis renovated. Dekat 1 bulan gak lah merempat di bilik pelupusan aka stor...huhu sangat sadis....tempat buangan. Tapi nak buat mcm mana semua terpaksa pindah ke tingkat 4 sebab tingkat 5 ofis kami tengah di make over...Team grafik dalam stor tak pe...kami kemas2 dah cantik stor tu bersinar2 dan menjadi tumpuan ramai....hahaha tempat persinggahan sebelum acara makan free...Lepas make over kami pindah ke tingkat 5 semula, wahh unit grafik ada studio baru...cat kaler turqouis aku yang pilih nampak sejuk jer dan sangat selesa yang penting ada pot!... shhhh

Aksi semasa fitting...

Aku nak citer bab fitting baju masa survey haritu, 1st fitting g dengan mak dan en.abg dan yang 2nd fitting g dengan mak, kak dan anak2 sedara...Butik Love Studio menjadi pilihan utama. Rasa semua baju kat butik tu nak try, cantik2....gedikss...Mak pun apa kurangnya, suruh aku cuba baju tu lah baju ni lah..penat chek tau! Pastu gelak2 kalau ada yang tak kena dengan aku..cisss. Ada baju yang sesuai dengan aku betul2 fit dengan saiz aku. Saiz aku S je kebanyakan baju butik tu saiz S dan M senang baju semua muat tapi tinggi lah pulakk...saiz patung dah ok tapi tinggi patung yang tak ok...huhu kainnya banyak meleret2 macam nak sapu sampah. Sah kena pakai kasut lebih 5". Aku pun cuba lah beberapa pasang baju untuk nikah. Mak dan kak cakap tak sesuai meleret sangat untuk pakai nikah walaupun baju tu sangat gojes. ok...tukarrr lain pulak.

Aksi fitting kami sangat kelakar walaupun penat tukar2 baju sehelai demi sehelai dalam keadaan panas dan berpeluh. Butik ni tak de aircond ke? Panas siottt macam sauna dalam fitting room. Atau dia memang ada aircond,  sibuk tukar2 baju sampai aku tak terasa sejuk kot. Tak tau le kalau tak de atau rosak harap butik ni segera baiki atau buat penambahbaikan untuk masa akan datang. Keselesaan dan kepuasan pelanggan sangat penting. Lupa dah pasal aksi tu haaa...yang kelakarnya masa en.abg fitting, baju tu kecik skit dari saiz dia, terkial2 dia nak buka baju tak bleh masa masuk boleh plk nak kuar tak leh...hahaha.."byyy tolong tarik baju abg", siap sua tangan suruh tarik tapi bahu tak lepas..hahahaha klakarnye...okes lepas ni diet ehh syg...nanti  tak muat....xmo main tarik2 tau hehehe apapun by sayang abg...muaxx gedikss lagi.  Tapi budak sales tu kata tak pa kak nanti kita boleh buat besaq skit....fuhhh lega.. jangan cakap depan en.abg nanti dia xmo diet plk... :p Pastu girl tadi pun amik ukuran kami. Hope nanti muat dan fit.

mak, kak dan miya jadi tukang komen
Aksi-aksi belakang tabir di Butik Love Studio
Baju hotpink tu sangat gojes pada patung..ciss sangat jeles dengan patung tu...mencikk...Bila si lebor pakai nampak sangat2 buruk..mengelebeh, meleret dan tak kemas. Frust lagi...baju tu memang cantik kalau tinggi skit mayb aku nampak sangat jelita kot atau mungkin sebab baju tu tak siap lagi,tangan lom jahit lagi sebab tu bila aku pakai nampak serba tak kena (ayat nak sedapkan hati) :) Baju pink rose tu ala2 design Rizman Ruzaini nampak sangat glamour dan gojes, bila aku pakai sangat tak gojesnya sebab tak kena dengan kulit aku yang ala2 bollywood ni. Cancel baju tu...baju nikah aku pilih off white sangat2 cantik..siyesss cantik giler...hmmmm bila pakai je siyesss aku nampak tak cantik macam baju pinjam....meleret2 macam lori dbkl sapu jalan kat dataran merdeka. Baju yang white tu giler punya cantik, sesuai bila aku try dan betul2 fit dengan badan dan yang paling penting aku nampak sangat jelitawan dan sweet....huhu sangat2 pasannnn :p

Kain untuk bonda...

Memang hajat pun nak beli kain sempena birthday mak...ke Jakel lah apa lagi. Dekat je belakang ofis senang nak terjah. Ada sale & promosi 70%, Jakel mana tak penah sale selang seminggu mesti ada sale punya. Pusing2 dalam jakel tu bahagian kain dry clean, hati berkenan dengan color kain ni, pure silk color biru hijau. Harga boleh tahan ko RM280 tolak diskaun dapatlah RM250 jer...cikit je dekut lah salegirl tu. Tingat pula mak en.abg, nak bagi hadiah kat bakal mak mertua, bukan nak jek you tapi apa salahnya sebagai salam perkenalan ikhlas dari bakal menantu kan..kehkeh. En.abg dah pesan kain untuk mak dia color2 gelap skit tak nak bright cam orang muda2 so aku pun pilih kain pure silk dry clean juga, harga RM250 dapatlah RM200. Aku pun suka sangat kain ni color earth ada pink2 skit..harap kedua2 bonda suka pilihan hati anakanda ni...cantik kan..cantik kan...


Kain untuk mak

Kain untuk bakal mak mertua




Berat turun!! Jangan tak caye...

Betul ni....bukan main2 siyesssss, jangan tak caye ko...berat aku dah turun...wahhhhh saya suka... saya suka...Berat aku yang sebelum ni 45kg yang naik ala kadar je kadang2 46, 47, 48...tiba2 naik mendadak 50kg....TIDAKKKKK...timbang salah ke?..tak.. mata aku salah ke?..tak...huhuhu betul la tu ngok, ko dah naik berkodi-kodi 5kg ko metekedarah apa!!!tak caya ko tengok ni...



Macam2 cara dah buat, g aerobik lah, g gim lah, g swimming lah, g jogging lah...jarum tu cuma gerak berapa ratus gram jer...paling banyak pun....1/2kg je, semua tak jalannn...Dak2 ofis siap panggil aku 'lebor' sejak weight gain ni...mencikkk...Cemane ni nak kahwin nanti ketul sana ketul sini...xmo tak cantik...macam kuih lapis...Aku pun mencari inisiatif tak kan nak tunggu jer badan turun sendiri kan mesti kena usaha baru ada tangga..kejayaan :). Kawan aku pun berlumba2 gak nak turunkan berat badan, aku panggil dia Kak Yus, syok ni ada geng baru ada semangat. Tapi dia kaya ada anak 4, baru tukar kete honda, beli kain kat jakel...boleh la makan slimming yang mahal2 ni, Herbalife memang bagus ramai dah yang terbukti berkesan tapi aku tak mampu...hehe..aku amik produk "tut" Selepas 3 minggu aku amek berat aku turun 3 kilo...yehoooo!!! makan melantak macam biasa tapi aku cepat kenyang..makan sikit dah kenyang rasa macam perut tu full je..

Sikit lagi nak mencapai berat ideal...tak pe sabar!..sebulan boleh kurang 4 kilo ok pe...dari tak turun langsung..ko ade?!!!! Isshh lama tak dengar citer kak yus herbalife ni, amacam dia skang dah turun berapa? Ko...kak yus.. jangan aku jumpa hang macam ngandung lagi...hahaha.. harap dia slim melim nanti...Jangan kerek nona nanti kak yus jumpa hang pakai baju saiz XS hang jangan terkejut..hahaha uuuiihh tak pe tak pe syabaz inspektor sahab...


Thursday 7 June 2012

Edisi Jun buat aku teruja?

Tiba-tiba aku teruja gilerrr....memang kena sangat2....santekkk suwittttt...nak jugaaa....terus msg en.abg "Abg.. belikan Pesona Pengantin bulan Jun leh... :) " (cubaan memujuk) ayat dia..."Adeh..ok" hehe beli gak :p...Lepas dapat aku terus belek dan x peduli keliling macam budak dapat cekelat...en.abg tanya.."ada info baru ke?" hehe.."ooo ada..banyak" walhal dia dah tau tiap2 bulan mesti aku nak beli majalah ni, lagipun semua barang dah beli dan aku dah mula buat persiapan nak tengok apa lagi...alaaa org laki2 mana tau, org pompuan besee le kekadang tengok benda baru nak  pulak ada yang latest lagi, maunya tak telopong mulut...mula la aku melagukan ayat2 ni "wuuuu cantikknyaaa", "waahhh yang ni lagi cantikk"...banyak info berguna untuk yang nak kahwin ni boleh buat sebagai sumber rujukan...tapi nape aku teruja sangat edisi bulan jun ni..haaa nak tau..?!!


Cantik cover bulan Jun ni sebab...sebab apa?..sape leh jawab?....tau kan tau kannn..ehemm sebab tema color pink&blue....hehehe....i likeeee

Monday 4 June 2012

Bunga Pahar Biru

Bunga pahar biru sebelah en.abg..saja rajin giler nak buat...alang2 buat baik buat untuk dia sekali..nanti sama je bunga pahar kami...xpe yang penting buat sendiri. Ada kepuasan di situ... Lagipun sangat2 jimat, kalau nak beli beli pun paling murah katakan RM3 untuk 100 pcs dah rm300 kan. Bukannya lawa pun, kecik jer lagipun mcm biasa sgt...biarlah lain skit...Projek bunga pahar ni aku dah mula buat dari bulan April lagi. Mulakan dengan en.abg punya dulu aku nye kemudian. Senang dia boleh bawa balik kampung awal skit. Aku nak menyenangkan family dia takde lah susah dorang nak buatkan. Aku buat menggunakan tissue paper/ korang leh juga guna crepe paper, bukan tisu lap muka dan mulut tu ye..kang belum kenduri dah koyak rabak bunga telur tu...

Bahan2 diperlukan (tiada dlm pic flower tape, net, stick dan riben 2 color)
Lipat mcm bentuk kipas
Buat banyak2 dan riben juga (pic riben lupa nk amik)
Buka lipatan hingga jadi bentuk bunga
Siapkan bunga banyak2
Gubah dan letakkan TQ card pada bunga telur

Bunga telur tissu paper

DIY 1 your own wedding veil...

Tutorial: JOM BUAT...wedding veil sendiri...Sesiapa pun boleh buat, yg keras tangan, yg lembut lg2 lah boleh kan...so kalau rasa2 malas nk pk, kurang kreatif atau penat terbongkok2 merangkak2 smpai sakit pinggang dan smpai demam2 sakit urat...boleh order je...hehe..gd luck! 


1- 1.5m Kain chiffon high gred
2- 1m Kain Lace untuk patching


3- Lipat 2
3- Potong bentuk oval & jahit tepi


4- Gunting lace dan patching dgn jarum
5- Jahit jelujur lace, boleh tambah 3D fabric flower

6- Dah siap veil, boleh jahit manik pada lace
 Dah siapkan? Tapi belum lagi...nak tambah manik bagi seragam dengan baju nanti..tungguuuu hasilnya bila siap nanti....

Ala2 veil elyana...