Tuesday, 4 September 2012

Hari Raya

Seronok balik kampung walaupun kali ni beraya tak balik ke kampung tok. Rupanya cukup meriah beraya di rumah. Mak kata seronok pulak raya kat rumah. Selalunya aku balik kampung di Alor Setar rumah mak, sehari sebelum raya kami siap2 balik kampung lagi iaitu rumah tok. Dah balik kampung, ke kampung lagi. Macam tu lah tiap2 tahun bila raya. Cuma tahun ni bila tok dah takde kami beraya di taman je (rumah mak). Sebelum raya masing2 sibuk buat macam2..kak buat kek sorang2 tahun ni hahaha padan muka sebab aku kena siapkan jahit manik baju raya dia. Aku jahit baju dia yang paling last sekali.



Lepas buka puasa acara main bunga api
Lepas main bunga api acara buat kek pulak
Kalau raya mesti nak berinai, tak cantik inai kembang sebab pakai inai tiub
Aku masih menjahit lagi
 Sehari sebelum raya tinggal aku dan mak. Kak dah balik kampung beraya di rumah sebelah abg.ipar. Macam tu lah dia tiap2 tahun. Takpe misi tetap berjalan aku dan mak sibuk buat persiapan raya. Mak buat ketupat dan aku buat rendang. Macam2 masak daging masak rendang, ayam masak kari dan serunding ayam. Macam ramai benor. Nanti adik2 aku balik dorang le bedal. Lupa nak amik pic serunding mak.





Dah siap, ni lah ketupat palas mak i..cantik ketupat, ni org panggil ketupat palas betina kalau salah balut jadi ketupat jantan. Nak tau beza jantan dan betina..yg betina kurus, last balutan kena masuk sebelah kanan atau kiri. Kalau jantan balutan terakhir masuk di tengah2 macam nampak terkangkang je..hahaha macam lucah je info aku ni..Selalunya orang yang tak pandai balut jadi ketupat jantan. Tak Faham? korang try wat sendiri lah baru tau..


Rebus ketupat
my rendang, rupa macam kari je, mak suruh wat basah2 skit

Pink...Tema raya tahun 2012 family che dah hehe...gara2 kenduri bulan sebelas nanti. Kak aku cadang warna pink sebab tak payah susah2 nak buat baju lagi untuk kenduri. Baju melayu le. Baju kain lace tu memang nak pakai kenduri. Tahun ni adik no.3 aku Eris tak balik, yang ada dua orang lagi adik aku. Adik aku no.4 baru je kahwin tahun ni beraya bersama kami dengan bini dan adik aku yang bongsu no.5. Kak seperti biasa tak de.


























Baking kek I love u..

Sebelum balik raya sempat buat kek untuk en.abg. Selalu bagi dia vanilla kek je. Kali ni nak buat special skit. Nama kek ni 'I Love You'  sebab ada 3 layer atas Vanilla, tengah Pink dan bawah Merah Ros. Siap buh icing bagai. Resepi ikut Rainbow Cake cuma olah jadi 3 layer (3 color) je. Gambar bila kek dipotong tak de. Nanti minta en.abg sebab tak kan aku nak potong plk kan dah le bagi orang. Tah macam mana lah rupanya.



En.abg baru sent pic kek. Ni lah kek yang telah dipotong. Gojes kan...

Posing Raya

Sebelum raya ofis aku adakah sesi fotografi, kena pakai baju kurung dan baju melayu, tapi ada gak yang degil..yang tu tak leh nak cakap apa, liat bukan main. Sesi bergambar dibuat dalam ofis dan luar kawasan bangunan sekitar je. Lagipun bulan pose malas panas2 nak kuar shooting.

 View dari atas..penat mendongak.  Berapa kali berhenti posing bagi kete lalu dulu.

 Semua gambar macam baik-baik je semua. Sopan tertib je duduknya hahaha. Bos kat tgh2 aksi tak leh over. Saja tak tunjuk gaya bebas, kalau gaya bebas semua macam ayam terlepas reban :)

  Nilah gaya bila bos tak de, ada bos pun sama je. Aksi berenang ada

Ni aksi Pejal bersilat pulut...tak de rendang je.
 Lompat sapa lebih tinggi



 Aksi drama pulak

Aksi hero konon
 Aksi gojes2 hahaha pasannn
Dalam lif pun boleh, mana sempat semua nak bergambar..gila kamera

Tuesday, 14 August 2012

Buka puasa

Hari Ahad lepas ajak en.abg ke Jln. TAR dan Masjid India. Walaupun aku tak beli baju raya tapi tak sah kalau nak raya tak jenguk sana. Saja buat lengguh2 kaki. Lagipun nak cari baju melayu en.abg dan baju raya alia sekali. Jalan seperti biasa sangat sesak tapi nasib baik kami parking kat cimb sebelah Sogo tak de lah susah2 cari parking. Kami keluar agak lewat dalam pukul 5, mula nak g Pavilion nak cari kasut tapi macam malas pula lain kali lah. Susah kalau nak g dua tempat sekaligus dalam satu hari...tawaf jalan tar pun tak habis nak pegi tempat lain pulak.




Sempat tengok2 baju kurung tapi tak beli pun sebab baju raya dah siap tempah tahun ni. Baru je jalan2 dah nak dekat waktu berbuka, kami cuma beli mee goreng kawah yang berharga 4 hengget dan nasi ayam goreng berempah (sedap ayam masih panas baru angkat dari kuali lagi). Ramai dah bersusun tepi jalan tengah tunggu nak berbuka. Macam dah penuh je orang booking divider jalan. Azan dah berkumandang untuk waktu berbuka. Dah tak sempat cari tempat last2 aku nampak tepi balai polis masjid india. Cantekkkk....bersih skit dari divider jalan...ok abg kita duk situ...hehe Aku bersila rapat nak makan nasi ayam goreng berempah ni....en.abg sian dia macam susah dia nak duduk...







Friday, 10 August 2012

Sagu gula melaka..my peberet!!

Biasa le bulan puasa post pun bab makanan je. Bab2 wedding letak sebelah jap. Semalam aku buat dessert sagu gula melaka....bila makan tak boleh nak berenti pulak..sejuk je tekak bila makan sejuk2 wahhhh syahdunya...




Pizza ko boleh!

Haritu teringin sangat2 nak makan pizza. Gaji tak dapat lagi :( tapi tekak ni ngidam2 je nak pizza huhu. Aku rasa nak makan banyak hahahaha kalau beli,makan mesti cepat abis ni aku nak makan ulang2 byk kali...pasti gumok lepas ni...Balik keje terus aku g beli barang2..yes aku akan buat pizza sendiri. Yang pasti aku menggunakan bahan yang senang didapati...ko tak payah nak uli2 doh, meh chef nak ajar ni (ni semua semangat tgk masterchef le jadi camni!)


 Bahan2:
 1. Beberapa keping roti /bun burger
 *(utk pizza crust elok guna roti keping/ utk rasa lebih roti boleh guna bun burger)

2. Sos spaghetti
3. Sosej Daging/ayam
4. Mozzarella cheese
*(ada yg siap parut tapi aku guna yg belum diparut lebih jimat dan lebih banyak)





Cara2:
1. Gelek roti  hingga nipis supaya kuah tak meresap dan rasa rangup nanti


2. Letak satu sudu sos spaghetti
(kalau nak sos black paper pun boleh tapi sos spaghetti lg best le)

 3. Susun sosej


4. Parut cheese dan tabur atas roti















5. 4 keping pun dah kenyang
















5.  Masukkan dalam oven, sebelum mula panaskan oven terlebih dahulu suhu 170°-180°C

6. Bakar pizza lebih kurang 15-20 minnit.

7. Rupa dan rasa pizza macam pizza hut atau dominos. Nak tambah variety atau korang kaya skit boleh masuk bahan2 lain untuk topping seperti capsicum, olive, peperoni, tuna, ayam, seafood ke dll. Kalau tak kaya mcm aku letak sosej pun dah sedap..

8. Hot from the oven, angkat terus ngap je...

 Tengok cheese tu bila tarik bertali mcm pizza hut...So kalau korang rasa nak makan pizza setiap masa boleh cuba resepi aku yang simple ni..

Kuih raya lagi..

Kali ni baru betul2 jadi. Kuih yang mula2 buat dulu tu tak berapa sedap tekak ni macam tak boleh terima je. Malas dah nak ikut2 resepi dalam tenet..kali ni aku main campak je seperti biasa, baru menjadi kuih aku. Dapat lah 2 jenis kuih lepas aku berhempas pulas di dapur. Satu aku buat kuih ice-cream dan satu lagi kuih dahlia....sedap dah abis setengah balang dah tak sempat sampai raya nampaknya kena buat lagi agaknya, tengoklah kalau terlebih rajin, apa pun aku kena siapkan tempahan manik dulu! kalau ikut resepi aku ni gerenti sodap hahahaa...pasan...



Wednesday, 1 August 2012

Bunga Pahar Pink

Projek yang lepas aku dah siapkan 100pcs bunga pahar dari tissue paper untuk en.abg. Kali ni projek bunga pahar untuk aku pulak. Mula buat sikit tapi tak pulun nak habiskan pun sebab bz dengan projek memanik customer booking untuk raya dah makin banyak so bab2 persiapan kahwin aku berhenti sementara waktu. Aku cuma dapat siap kan dalam 30 batang je. Lepas raya baru sambung balik projek yang tergendala tu.




Kuih raya ni tak best...

Acara buat kuih dah mula, dah seminggu lebih kita puasa. Perlu ada bau2 kuih harum semerbak satu rumah baru ada mood raya. Sebenarnya sebelum puasa lagi aku tak rasa seronok pun, feel pun xde nak raya. Tak tahu lah kenapa. Mungkin sebab tahun ni raya sorang2 lagi, tahun depan baru berdua insyallah...dan yang paling aku sedih sangat2 tak dapat beraya di kampung tok seperti dulu2.  Dari kecil lagi kalau raya je  mesti sehari atau 2 hari sebelum tu kitaorang dah balik umah tok. Kemas2 dan masak2. Malam pula bunyi mercun kebabommm... mcm nak gegar kampung macam nak sambut merdeka pun ye juga, budak2 lari2 main bunga api termasuk aku, alia dan dua orang adik lelaki ku yang masih bujang tapi dorang tak lari2 main bunga api macam aku, macam budak kecik.....huhuhu sedihnya...rindu that moment....

Dulu masa ada tok wan (laki) dan tok (pompuan) memang raya meriah giler2, bila tok wan takde, kurang skit meriahnya. Kami masih ada tok, raya kami tetap meriah juga. Tapi 20/6/2012 yang lepas tok baru je meninggal . Rumah tok dah tak de sapa2. Mak cakap tahun ni raya di rumah kami je lepas solat raya baru balik kampung raya rumah sedara mara di sana....waaaa nak nangis jap...

Pose2 ni citer sedih2 pulak. Hati dah tak seronok nak buat macam mana. Citer pasal kuih raya tadi pun dah lupa...ok minggu lepas terlebih rajin sebab aku dah beli tepung mix cookies dekat bakery bagus tu so nak try lah jadi kuih ke jadi ketul batu...Tepung mix tu 1kg just add telur dan butter je tapi aku buat separuh je takut tak larat nak menggentel kuih tertido depan oven pulak nanti.




Setelah percubaan kuih ni aku rasa tak sesedap mana punnnn...aduanan macam tak kena agak keras skit. Aku suka yang gebu skit bukan sampai pegang berderai, agak2 sedap dikunyah. Ikut resepi mak aku lagi bagus lagi sedap. Mak aku dulu tokei kuih dari aku sekolah memang keje aku balik sekolah ngadap depan oven tolong mak siapkan tempahan orang. Sejak kami dah dewasa ni dan mak pun dah kaya (hahaha alhamdulillah masinlah mulut anak mak ni) mak dah tak buat kuih lagi. Tapi punya lah terer mak aku dia mana main sukat2 timbang2 ni. Dia dah tau sukatan terus je campak jadi lah kuih yang sedap sangat. Dulu pun aku buat kuih ikut style mak juga main taruk agak2 je jadi pun. Konon nak inovasi nak cuba lah resepi orang lain pulak kan, punya lah sukat betul2 ikut jarum timbang tu. Hampehhh susah nak jumpa kuih yang betul2 menjadi dan sedap. Harap gambar je lawooo....Nampak gayanya tepung mix yang separuh lagi tu aku kena olter skit..harap2 menjadi dengan experiment nanti. Cadangnya nak buat kuih samperit kuih favourite aku. Nanti jadi macam tahun lepas kena gelak dengan mak dan kak aku sebab kuih keras wakakaka...