Tuesday, 4 September 2012

Hari Raya

Seronok balik kampung walaupun kali ni beraya tak balik ke kampung tok. Rupanya cukup meriah beraya di rumah. Mak kata seronok pulak raya kat rumah. Selalunya aku balik kampung di Alor Setar rumah mak, sehari sebelum raya kami siap2 balik kampung lagi iaitu rumah tok. Dah balik kampung, ke kampung lagi. Macam tu lah tiap2 tahun bila raya. Cuma tahun ni bila tok dah takde kami beraya di taman je (rumah mak). Sebelum raya masing2 sibuk buat macam2..kak buat kek sorang2 tahun ni hahaha padan muka sebab aku kena siapkan jahit manik baju raya dia. Aku jahit baju dia yang paling last sekali.



Lepas buka puasa acara main bunga api
Lepas main bunga api acara buat kek pulak
Kalau raya mesti nak berinai, tak cantik inai kembang sebab pakai inai tiub
Aku masih menjahit lagi
 Sehari sebelum raya tinggal aku dan mak. Kak dah balik kampung beraya di rumah sebelah abg.ipar. Macam tu lah dia tiap2 tahun. Takpe misi tetap berjalan aku dan mak sibuk buat persiapan raya. Mak buat ketupat dan aku buat rendang. Macam2 masak daging masak rendang, ayam masak kari dan serunding ayam. Macam ramai benor. Nanti adik2 aku balik dorang le bedal. Lupa nak amik pic serunding mak.





Dah siap, ni lah ketupat palas mak i..cantik ketupat, ni org panggil ketupat palas betina kalau salah balut jadi ketupat jantan. Nak tau beza jantan dan betina..yg betina kurus, last balutan kena masuk sebelah kanan atau kiri. Kalau jantan balutan terakhir masuk di tengah2 macam nampak terkangkang je..hahaha macam lucah je info aku ni..Selalunya orang yang tak pandai balut jadi ketupat jantan. Tak Faham? korang try wat sendiri lah baru tau..


Rebus ketupat
my rendang, rupa macam kari je, mak suruh wat basah2 skit

Pink...Tema raya tahun 2012 family che dah hehe...gara2 kenduri bulan sebelas nanti. Kak aku cadang warna pink sebab tak payah susah2 nak buat baju lagi untuk kenduri. Baju melayu le. Baju kain lace tu memang nak pakai kenduri. Tahun ni adik no.3 aku Eris tak balik, yang ada dua orang lagi adik aku. Adik aku no.4 baru je kahwin tahun ni beraya bersama kami dengan bini dan adik aku yang bongsu no.5. Kak seperti biasa tak de.


























No comments:

Post a Comment