Pages

Monday, 30 July 2012

Buah Melaka Multicolor

Syok pulak bulan2 pose ni main masak2. Walaupun sibuk menjahit tapi hati ni meronta2 nak nak masak. Elehh.. kalau mak suruh mula la aku buat liat. Mungkin sebab boring kot kepala ni ligat nak buat macam2. Teringin nak makan buah melaka lah...bulan posa tak sah kalau tak buat kuih ni...ok puan2 jom kita ke negeri melaka...

Buah Melaka Multicolor

Bahan2
1 cwn tepung pulut
1/2 cwn air
secubit garam
4 jenis pewarna
(rose, hijau, kuning, purple (merah+biru)
Gula Gerek (panggilan org kedah)/ gula melaka - potong kecil2

Kelapa parut ambil putih shj.
Secubit garam

Cara:
Uli tepung dgn air hingga jadi doh. Bahagikan tepung kpd 4 bahagian. Titiskan pewarna.
Bulat2kan menjadi bebola tekan sedikit ditengah masukkan gula. Bulatkan semula. Masuk bebola dalam air mendidih hingga timbul. Rendam dlm air sejuk, tapiskan air masukkan dlm kelapa parut dan golek2 kan buah melaka hingga bersalut kelapa sepenuhnya.

             Ni lah org. kedah panggil gula gerek

 

Cute kan! Nasib baik tak letak color pink & blue...pengsan nanti!







Wednesday, 25 July 2012

My wedding palette

Reception Color Theme


Solemnization Color Theme


Tuesday, 24 July 2012

Cara2 buat Kuih Tepung Bungkus

Amboiii rajin pulak aku ni ke dapur. Teringin pulak nak makan tepung bungkus, macam ngidam pulak. Haiii lambat lagi :p Nak cuba buat lah kalau jadi nak bagi en.abg rasa, ye lah bakal bini dia rajin masak sekarang ni... hehe kalau tak jadi aku makan sorang2 tak pun aku bagi semua suruh en.abg habis kan hahaha lagi montel lah abg...Resepi dah lama simpan, aku belek2 dalam peti sejuk tengok bahan2, yesss semua cukup....inti aku dah buat awal2 lagi.. Selesai buat kuih hp aku comot dengan tepung hehehe sebelah tangan menguli sebelah lagi ambil gambar. Ok siap dengan step by step lagi. Orang cakap kuih puteri dua sebilik tapi aku punya puteri solo sebilik hahaha. Setengah orang terus bungkus atau celup je bebola tu dgn tepung tapi aku kukus dulu bebola risau bebola mentah sebab bebola aku buat ni  kecik skit dari bola pingpong hahaha... patut kecik skit boleh lah letak 2 biji. Kalau mak tengok mesti dia kata awat tak buat besar bolasepak ja...senang skali bungkuih ja...

RESEPI: KUIH TEPUNG BUNGKUS


Bahan Inti:
1/2 biji kelapa
4 sb gula pasir
6 sb gula merah
secubit garam
daun pandan
sedikit air





1. Masuk semua bahan dan kacau hingga pekat dan agak kering sedikit airnya.
2. Sejukkan. Bentukkan bulat-bulat.






Bahan bebola Hijau:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
Pewarna hijau/ air daun pandan
secubit garam










1. Masuk semua bahan dan uli hingga menjadi doh.















2. Bulatkan doh kecil-kecil dan leperkan.














3. Masukkan inti. (abaikan tangan yang belemoih tu!)















4. Bulatkan menjadi bebola.















5. Masukkan bebola ke dalam air yang mendidih.















6. Masak hingga bebola terapung dia atas, menandakan ia sudah masak. Macam masak buah melaka.















7. Angkat bebola dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.

Bahan tepung bungkus:
1 cwn tepung beras
1 cwn santan pekat
4 cwn air
1 sk garam
daun pandan










1. Masukkan semua bahan















2. Sentiasa kacau supaya tak bergentel.














3. Kacau hingga menjadi pekat.















4. Guna daun pisang atau boleh juga gunakan bekas acuan untuk membungkus/mengisi kuih.

5. Tak payah susah2 salai daun pisang atas api, masukkan je dalam microwave 1 @ 2 min, dah macam disalai. Mudah dan cepat!








6.  Letak 1 sb. adunan tepung atas daun pisang atau bekas.














7.  Letak bebola dan tutup dengan 1 sb adunan tepung lagi dan bungkus seperti lepat.













8. Lipat macam lepat, tapi aku buat besar & pendek.

9. Kuih tepung bungkus sedia untuk dikukus. Kukus lebih kurang 15 min.













10. Selepas kukus biarkan sejuk. Kuih aku tak dan sejuk sebab tu bersepah je.















11. Keratan bila dipotong...tengok inti gelap, pekat, lemak dan juicy lagi. Tak suka inti nampak pucat dan rasa mcm hampas. Lebihkan gula merah untuk inti yang menyelerakan..emmm lepas dah ngidam nak makan tepung bungkus...Lagi sedap kalau bebola tepung pulut hitam. Dah tak dak chek buh ja pewarna hijau..

Bekas Favor

Ada lagi wedding favor! Ni akibat banyak jalan maka banyak pula permintaan hati ni nak buat tu buat ni. Hasil ikut kak Yus dan kawannya pegi ke kedai menjual barang2 bakery BAGUS di Sec13, Shah Alam. Macam2 adoo, kedai besar dan banyak plk pilihan. Aku ni pantang tengok benda yang cute lebih2 lagi polkadot...pink plk tu. Sama pulak dengan tema. Bekas cupcake yang comei lotee bukan bentuk bulat tapi empat segi. Aloo.. looo.. cutenye sesuai untuk goodies kanak2.  Jangan nonaaa...jangannnn...jangannnn tak ambik!! Ambik kau 2 paket sekali rembat. Setiap satu pack ada 100 pcs, cukup kot 200 pcs. Tak sempat nak capcure gambar kedai.

comel bekas cupcake ni..

Film Director!

Baru-baru ni aku menghadiri kursus 'Video Production Techniques'. Kursus 3 hari....waaaa 2 hari pun liat. Tapi untuk tambahkan pengetahuan apa salahnya ringan2kan badan. Tak ringan punnn.. letih kepala otak ada lah (cakap orang malas :p). Bukannya nak kena pegi jauh pun dekat i-Lab ofis aku juga. Apapun kursus ni sangat bagus bermula dari penulisan skrip,  stroryboard, shooting dan editing. Gara-gara kursus ni juga aku telah mendapat gelaran 'Tuan Director' hahaha.. ni gelaran kawan2 ofis bagi bila tengok aku ke hulu ke hilir mengusung kamera video untuk shooting. Dah siap shooting, buat editing plk untuk menghasilkan clip, drama, documentary atau experimental. Aku punya skrip untuk filem ni lebih kepada experimental iaitu memfokuskan kepada objek atau subjek untuk dijadikan sebagai bahan cerita. Memang sakit kepala walaupun cerita untuk 5-10 minit. Bayangkan untuk siapkan sebuah drama atau filem...huuuu. Jom lah tengok ada apa dibelakang tabir...

1st day: buat skrip & storyboard

2nd day: Fungsi, Teknik Kamera

3rd day: kerja2 editing..tgk tu hero citer aku hahaha tq cik syed..sporting!

Sedang menonton clip dari rakan2 kursus, turn aku belum lagi..nervous giler!

Thursday, 19 July 2012

Masak2 asas daun bawang

Masakan yang simple malam tadi berasaskan daun bawang hasil daripada daun bawang organik yang ditanam tempohari. Daunnya agak kecil sikit tapi rasanya tetap sama. Seronok sangat petik dari pokok dan terus ke kuali. Lihatlah hasilnya...yummy!

Daun bawang yang ditanam

Sedia untuk dimasak

Sebagai bahan hiasan dalam sup

Ikan talapia goreng cili bersama daun bawang...wangi dan menaikkan selera anda :)
RESEPI : IKAN TALAPIA GORENG CILI

Bahan2
2 ekor Ikan Talapia Merah
1 biji cili merah *
6-8 biji cili padi (hijau) *
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sedikit halia *
(* dikisar)
1 sudu makan cuka
Garam & gula secukupnya
Minyak
5 tangkai Daun Bawang (simpan skit utk hiasan)
1 ulas Bawang Besar dipotong bulat

Cara2
1. Goreng ikan hingga garing, ketepikan.
2. Minyak goreng ikan tadi gunakan untuk menumis bahan yang dikisar.
3. Tumis bahan kisar tadi hingga naik minyak.
4. Masukkan cuka, gula dan garam .
5. Masukkan bawang besar.
6. Tutup api, akhir sekali masuk daun bawang dan kacau.
7. Tuang atas ikan tadi dan hias dengan daun bawang.

Ringkas dan mudah kan! Selamat mencuba... :)




Wednesday, 18 July 2012

Barang Hantaran

Aci tak nak tunjuk barang hantaran sekarang? Tak pe kan bukannya gubah lagi. Ni antara barang2 aku dan en.abg decide nak jadikan barang untuk hantaran kami nanti.

Perfume for him : Giorgio Armani Code

Perfume for me: Dolce & Gabbana (rose the one)

Kemeja Renoma beli masa sale..berbaloi!

Baju Melayu tempah khas di Butik Hugo Clothier, Sampin Songket Terengganu beli di Jakel


Kasut tak pasti lagi nak buat hantaran ke tak

Bila nak pakai ni, wallet yang ada dah koyak huhu

Kain pelikat la la la....

Wallet & Belt

my guess watch
Jam ni sudah ditempah dari butik jam di Airport Langkawi (duty free)


Coach Bag..pretty cool haa...