Tuesday, 26 June 2012

Makeup Artist

Satu lagi bab nak cari makeup pengantin...rasa lega sikit dah amik pakej yang termasuk dengan makeup, sebelah alor setar...beresss...2x makeup, nikah dan sanding di Love Studio. Cuma sebelah N9 je sebab aku tak amik pakej apa pun, sama da pelamin, bilik, meja beradap pun tak cari lagi, tak tau le nak cari sendiri atau nak serah pada family dia. Baju dah ada, pelamin nanti lah cari...susah lah nak g sampai Rembau, tak ada masa free lagi...

Apa pun makeup untuk sebelah N9 aku dah booking dari awal tahun lagi, book awal2, sebab dah tanya kebanyakan makeup artist dah fully book. Nasib aku baik sangat2 sebab salah satu makeup artist ni masih free tarikh tu....huhuu legaaa bukan senang nak cari makeup artist yang makeup nya melotupp kebabommm.... Memang lain lah perubahan dari sebelum dan selepas dia makeup, siap nampak macam artis ko....agaknya aku nanti macam artis mana ye? hahahahaha perasannnn gilerrr...Ye aku dah book dengan Gee Cantik Makeup Artist...kelasss u...



macam izara kan!

Sebelum tu ada juga yang aku survey tapi dah full, tapi nak bagi info jurusolek yang aku dah survey yang aku rasa cantik sentuhan makeupnya, salah satunya Lya L'Touch anak didik Gee Cantik juga tapi dah fully book, tapi aku bila aku try contact gee, tarikh tu masih lagi free...lagi hepi sebab aku dapat magical touch dari tok guru nya, tak pe berkat kesabaran pasti berbaloi...kalau nak survey leh tengok2 di sini http://ltouch.blogspot.com/ 

cantik kan!

Atau cuba yang lain:

1.  http://emmapesona.com/web/ (mula2 memang berkenan sangat nak emmapesona, tapi servis dia cuma disekitar lembah klang sahaja.... :(

my friend, makeup by emmapesona...gorgeous!

2. http://kelrina.blogspot.com/
3. http://adiethemakeupartist.blogspot.com

Kalau rasa last minute tak ada sangat makeup artist korang suruh lah kengkawan yang pandai makeup atau susah2 sangat makeup je sendiri. Sekarang ni bukan bisnes je dihujung jari tapi makeup pun guna hujung jari...betoiii laaa hehe...Apa kata tengok tutorial di YouTube macam2 pesen makeup nak smokey eyes ke nak makeup mcm kim kardashian, nak apa je mcm2 teknik ada, cuma terer ngn tak je le....atau jengah2 blog atau surf website tentang makeup tutorial ni, segala mak nenek ado...contohnya kat sini yang aku sempat jengah http://www.makeupgeek.com

No comments:

Post a Comment