Recipes

1. 
 Masakan yang simple malam tadi berasaskan daun bawang hasil daripada daun bawang organik yang ditanam tempohari. Daunnya agak kecil sikit tapi rasanya tetap sama. Seronok sangat petik dari pokok dan terus ke kuali. Lihatlah hasilnya...yummy!

Daun bawang yang ditanam

Sedia untuk dimasak

Sebagai bahan hiasan dalam sup

Ikan talapia goreng cili bersama daun bawang...wangi dan menaikkan selera anda :)
RESEPI : IKAN TALAPIA GORENG CILI

Bahan2
2 ekor Ikan Talapia Merah
1 biji cili merah *
6-8 biji cili padi (hijau) *
1 ulas bawang besar *
2 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
sedikit halia *
(* dikisar)
1 sudu makan cuka
Garam & gula secukupnya
Minyak
5 tangkai Daun Bawang (simpan skit utk hiasan)
1 ulas Bawang Besar dipotong bulat

Cara2
1. Goreng ikan hingga garing, ketepikan.
2. Minyak goreng ikan tadi gunakan untuk menumis bahan yang dikisar.
3. Tumis bahan kisar tadi hingga naik minyak.
4. Masukkan cuka, gula dan garam .
5. Masukkan bawang besar.
6. Tutup api, akhir sekali masuk daun bawang dan kacau.
7. Tuang atas ikan tadi dan hias dengan daun bawang.

Ringkas dan mudah kan! Selamat mencuba... :)



2.
 RESEPI: KUIH TEPUNG BUNGKUS

Amboiii rajin pulak aku ni ke dapur. Teringin pulak nak makan tepung bungkus, macam ngidam pulak. Haiii lambat lagi :p Nak cuba buat lah kalau jadi nak bagi en.abg rasa, ye lah bakal bini dia rajin masak sekarang ni... hehe kalau tak jadi aku makan sorang2 tak pun aku bagi semua suruh en.abg habis kan hahaha lagi montel lah abg...Resepi dah lama simpan, aku belek2 dalam peti sejuk tengok bahan2, yesss semua cukup....inti aku dah buat awal2 lagi.. Selesai buat kuih hp aku comot dengan tepung hehehe sebelah tangan menguli sebelah lagi ambil gambar. Ok siap dengan step by step lagi. Orang cakap kuih puteri dua sebilik tapi aku punya puteri solo sebilik hahaha. Setengah orang terus bungkus atau celup je bebola tu dgn tepung tapi aku kukus dulu bebola risau bebola mentah sebab bebola aku buat ni  kecik skit dari bola pingpong hahaha... patut puat kecik skit boleh letak 2 biji. Kalau mak tengok mesti dia kata awat tak buat besar bolasepak ja...senang skali bungkuih ja...




Bahan Inti:
1/2 biji kelapa
4 sb gula pasir
6 sb gula merah
secubit garam
daun pandan
sedikit air





1. Masuk semua bahan dan kacau hingga pekat dan agak kering sedikit airnya.
2. Sejukkan. Bentukkan bulat-bulat.






Bahan bebola Hijau:
1 cawan tepung pulut
1/2 cawan air
Pewarna hijau/ air daun pandan
secubit garam










1. Masuk semua bahan dan uli hingga menjadi doh.















2. Bulatkan doh kecil-kecil dan leperkan.














3. Masukkan inti.















4. Bulatkan menjadi bebola.















5. Masukkan bebola ke dalam air yang mendidih.















6. Masak hingga bebola terapung dia atas, menandakan ia sudah masak. Macam masak buah melaka.















7. Angkat bebola dan masukkan ke dalam bekas yang berisi air sejuk.

Bahan tepung bungkus:
1 cwn tepung beras
1 cwn santan pekat
4 cwn air
1 sk garam
daun pandan










1. Masukkan semua bahan















2. Sentiasa kacau supaya tak bergentel.














3. Kacau hingga menjadi pekat.















4. Guna daun pisang atau boleh juga gunakan bekas acuan untuk membungkus/mengisi kuih.

5. Tak payah susah2 salai daun pisang atas api, masukkan je dalam microwave 1 @ 2 min, dah macam disalai. Mudah dan cepat!








6.  Letak 1 sb. adunan tepung atas daun pisang atau bekas.














7.  Letak bebola dan tutup dengan 1 sb adunan tepung lagi dan bungkus seperti lepat.













8. Lipat macam lepat, tapi aku buat besar & pendek.

9. Kuih tepung bungkus sedia untuk dikukus. Kukus lebih kurang 15 min.













10. Selepas kukus biarkan sejuk. Kuih aku tak dan sejuk sebab tu bersepah je.















11. Keratan bila dipotong...tengok inti gelap, pekat, lemak dan juicy lagi. Tak suka inti nampak pucat dan rasa mcm hampas. Lebihkan gula merah untuk inti yang menyelerakan..emmm lepas dah ngidam nak makan tepung bungkus...Lagi sedap kalau bebola tepung pulut hitam. Dah tak dak chek buh ja pewarna hijau..






3.
 Syok pulak bulan2 pose ni main masak2. Walaupun sibuk menjahit tapi hati ni meronta2 nak nak masak. Elehh.. kalau mak suruh mula la aku buat liat. Mungkin sebab boring kot kepala ni ligat nak buat macam2. Teringin nak makan buah melaka lah...bulan posa tak sah kalau tak buat kuih ni...ok puan2 jom kita ke negeri melaka...

Buah Melaka Multicolor

Bahan2
1 cwn tepung pulut
1/2 cwn air
secubit garam
4 jenis pewarna
(rose, hijau, kuning, purple (merah+biru)
Gula Gerek (panggilan org kedah)/ gula melaka - potong kecil2

Kelapa parut ambil putih shj.
Secubit garam

Cara:
Uli tepung dgn air hingga jadi doh. Bahagikan tepung kpd 4 bahagian. Titiskan pewarna.
Bulat2kan menjadi bebola tekan sedikit ditengah masukkan gula. Bulatkan semula. Masuk bebola dalam air mendidih hingga timbul. Rendam dlm air sejuk, tapiskan air masukkan dlm kelapa parut dan golek2 kan buah melaka hingga bersalut kelapa sepenuhnya.

             Ni lah org. kedah panggil gula gerek

 

Cute kan! Nasib baik tak letak color pink & blue...pengsan nanti!


4.
Actually resepi ni dah lama aku praktikkan, saja nak tampal kat blog ni untuk berkongsi ilmu dengan kawan2....atas permintaan kawan juga dia pun nak cuba buat strawberry tiramisu ni. Memang sedap sangat dessert ni. Aku juga dah buat dessert ni masa keluarga en.abg datang haritu...Walaupun dah selalu buat dessert ni masih lupa gak nak snap gambar, so kita pinjam gambar strawberry tiramisu ni dari tuan punya blog SecubitGaram...haaa k.yus salin..jgn tak salin...

Strawberry Tiramisu

Sumber dari blog: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/01/strawberry-tiramisu.html

Gambar Sumber : K.Nor@SecubitGaram

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ shiffted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.

Cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)

* K.Nor guna whipping cream aje sbb tak ada stok whipped cream, jd K.Nor letak 250 whipping cream
** dlm adunan syrup tu K.Nor tambah 1 sudu kecil gelatin (halalgel) dan panaskan kejap atas api (selepas dah bancuh semua bahan2) tu supaya gelatin tu larut (saja letak nak kasi syrup tu tak cair sgt)
*** biskut tu K.Nor celup sekejap dlm air bancuhan nescafe sebelum letak dlm cup

*(Aku tak letak lemon, tak guna whipped cream (actually xde sama mcm k.nor :)...dua2 aku guna whipping cream je..., gantikan biskut tiramisu dengan vanilla sponge cake @ paling mudah aku guna jer London Roll Strawberry cake....hahaha suka2 je ubah..tapi ok gak dappp!)

5.

Rainbow Cake

Rainbow Cake resepi dari Martha Stewart...huhu agak renyah skit nak layer2 kek tu, kena bakar kek selapis2...memang menguji kesabaran betul....dari pukul 5 petang sampai 12 tgh mlm baru siap kek ni...




Ni lah hasil rainbow cake aku...tapi aku tukar frosting tu dengan butter cream, sebab lagi mudah penyediaannya.

Butter Cream

80 gm mentega
200 gm krimwell
350 gm golden syrup

Pukul mentega dan krimwell hingga kembang.
Masukkan golden syrup dan kacau hingga rata.

6.

Kek 'I Love You'

Sebelum balik raya sempat buat kek untuk en.abg. Selalu bagi dia vanilla kek je. Kali ni nak buat special skit. Nama kek ni 'I Love You'  sebab ada 3 layer atas Vanilla, tengah Pink dan bawah Merah Ros. Siap buh icing bagai. Resepi ikut Rainbow Cake cuma olah jadi 3 layer (3 color) je. Gambar bila kek dipotong tak de. Nanti minta en.abg sebab tak kan aku nak potong plk kan dah le bagi orang. Tah macam mana lah rupanya.





1 comment: